Pengasuh taska kejam! Lempang muka bayi berkali-kali, tekup muka dengan bantal sampai menangis

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pengasuh taska kejam! Lempang muka bayi berkali-kali, tekup muka dengan bantal sampai menangis. TIDAK berperikemanusiaan! Itulah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan tindakan seorang wanita yang tergamak mendera seorang bayi di sebuah taska dipercayai dekat Batu Caves, Gombak, Selangor baru-baru ini.

Perbuatan wanita yang dipercayai pengasuh itu terbongkar apabila perbuatannya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di taska berkenaan.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Twitter pada Jumaat, kelihatan wanita berkenaan berkali-kali menampar dan menekup muka bayi malang itu dengan kain sebelum ditinggalkan dalam keadaan menangis.

“Lagi video penderaan kanak-kanak viral. Entah berapa kali budak tu kena tampar, kena tekup. Mengapa orang macam ni bekerja dengan kanak-kanak kalau tidak ada erti sabar dalam diri?

“Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah taska di Batu Caves, Selangor.

Pengasuh taska kejam! Lempang muka bayi berkali-kali, tekup muka dengan bantal sampai menangis

“Ibu bapa budak malang ini diberitahu kononnya anak mereka mengalami lebam-lebam sebab dicederakan oleh budak-budak lain,” demikian kapsyen yang mengiringi perkongsian di laman Twitter MyNewshub.

Sehingga kini belum ada sebarang kenyataan polis dikeluarkan berhubung kes tular berkenaan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan menggesa agar wanita berkenaan segera diberkas serta dikenakan hukuman setimpal.

“Menyirap aku tengok… mohon pelaku bang**t ni dapat ditangkap segera.

“Kalau rasa diri tu kurang sabar, jangan mohon kerja jaga budak.

“Rasa nak penampar perempuan tu pula… berombak-ombak dada ni. Aku geram sangat!” demikian antara komen netizen.

BACA:
Nak tak nak kena bayar, ini 5 cara paling mujarab minta hutang dekat kawan yang liat nak bayar
Bekas ratu cantik terima gangguan lucah dari 200 warga Bangladesh angkara kawan sendiri
Suami ‘outstation’ 4 hari, isteri layan ‘benda’ sepanjang malam, terkejut tengok lebam bila bangun tidur

Leave a Comment