TerasMalaysia

Pengeluaran KWSP bersasar, kali ini bukan seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pengeluaran KWSP bersasar, kali ini bukan seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Bukannya pukul rata seperti pengeluaran i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang wang sebanyak RM101 bilion. Telah disalurkan kepada lebih 7.4 juta ahli sebelum ini termasuk golongan tidak terjejas pun ambil kesempatan mengeluarkan duit KWSP.

Rakyat mengharapkan pelaksanaannya kali ini perlu memfokus kepada mereka yang benar-benar teruk ekonominya atau hutang sekeliling pinggang sehingga terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ramai lagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengharapkan kerajaan membenarkan sekali lagi pengeluaran duit daripada tabung simpanan hari tua itu. Harapan tinggi mereka kini disandarkan kepada Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan baharu.

Kerajaan baharu perlu memikirkan cara berkesan untuk membantu golongan yang masih terjejas kerana pengeluaran KWSP 2.0 adalah penyelesaian jangka pendek sahaja. Mereka pastinya akan kembali bergelut dengan isu kewangan apabila masalah utama tidak diselesaikan, sedangkan duit KWSP yang dikeluarkan telah habis digunakan.

Pelbagai gerakan dan strategi digerak atur terutama di media sosial seperti Facebook untuk ‘memujuk’ kerajaan baharu mempertimbangkan pengeluaran bersasar itu.

Asas utama untuk merayu pengeluaran itu adalah bagi menampung keperluan hidup terutama golongan yang belum pulih daripada kesan pandemik Covid-19.

Tuntutan Rakyat Pengeluaran KWSP2.0, Tuntutan Pengeluaran KWSP 2.0. 2022 dan Pengeluaran Khas KWSP 10K 2.0 antara kumpulan dalam Facebook yang aktif ‘mendesak’ kerajaan mempertimbangkan pengeluaran duit KWSP bersasar.

Ahli-ahli dalam kumpulan itu aktif membalas komen mengenai tuntutan tersebut di ruangan hantaran pihak berkepentingan terutama Facebook rasmi KWSP dan portal-portal berita dengan harapan boleh menagih simpati kerajaan.

Pengeluaran KWSP bersasar, kali ini
KWSP | EPF

Baru-baru ini, KWSP menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya mengucapkan tahniah kepada Anwar atas pelantikan sebagai Menteri Kewangan.

Ucapan itu sekali gus menarik perhatian rakyat apabila ramai memberi komen berharap agar Perdana Menteri dapat mempertimbangkan pengeluaran KWSP bersasar.

Kebanyakan mereka turut meninggalkan tanda pagar #kwspbersasar pada ruangan komen hantaran tersebut.

Ada pencarum KWSP mendakwa, bantuan kerajaan tidak cukup untuk menampung hutang dan memohon pertimbangan sewajarnya bagi pengeluaran khas 2.0.

Malah, ada pencarum yang menuntut pengeluaran dibuat melalui Akaun 1 dan bukannya lagi Akaun 2.

Apabila ada pakar-pakar ekonomi yang menyokong pengeluaran KWSP bersasar itu, mereka rasa seolah-olah perjuangan tersebut sudah nampak sinarnya.

Kad Kredit VS Kad Debit, Yang Mana Lebih Selamat?

Pengeluaran khas kwsp 20 secara bersasar untuk tujuan peribadi

Leave a Comment