Pengemis lagak samseng, selamba ludah dekat cermin kereta orang gara-gara permintaannya tak ditunaikan
Umum mengetahui, perkara ini bukanlah suatu isu yang baharu tetapi kini semakin ramai peminta sedekah yang mengemis di lampu isyarat.
Pastinya anda pernah berhadapan dengan pengemis yang mengetuk cermin pintu kereta.
Apa yang diharapkan mereka adalah secebis ihsan daripada masyarakat untuk memberi sedikit wang buat mengalas perut mereka.
Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengemis lagak samseng meludah cermin hadapan sebuah kereta selepas pemandu enggan memberikannya wang.
Aksi pengemis itu dikongsikan di laman Instagram selepas dirakam pemandu kenderaan tersebut.
Menurutnya, dia ketika itu sedang berhenti di lampu isyarat Pasir Koja, Kota Bandung pada Jumaat lalu.
Seorang pengemis tiba di tepi kereta lalu meminta wang daripadanya.
Disebabkan tidak mempunyai duit kecil, si pemandu tidak memberikan wang kepadanya.
Secara tiba-tiba, pengemis itu berjalan ke hadapan kereta lalu meludah cermin kenderaan sebelum dengan pantas beredar.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.
“Sudahlah miskin harta, akhlak juga miskin,” kata seorang pengguna media sosial.
“Tangkap sahaja dan ludah dia kembali. Itu pemeras ugut, bukan pengemis,” kata netizen lain.