TerasMalaysia

Peniaga tempatan dedah sisi gelap modus operandi jualan kerepek menggunakan warga emas di kaki lima sebuah bank

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Peniaga tempatan dedah sisi gelap modus operandi jualan kerepek menggunakan warga emas di kaki lima sebuah bank.

Setiap kali memasuki pintu bank, pasti anda pernah melihat ada peniaga ataupun pengemis duduk bergelimpangan di kaki lima mengharapkan ihsan orang di situ. Sekali lihat, memang terdetik rasa kasihan melihat nasib mereka. Namun siapa sangka, tidak semua yang dilihat dengan mata kasar memaparkan realiti sebenar.

Produk jualan tak susun elok-elok pun, macam taknak jual

Pendedahan daripada seorang lelaki bernama Moreeza Mohamad ini mungkin dapat membuka mata masyarakat di luar sana. Sebagai penjual nenas tempatan, pada waktu malam dia akan membuka perniagaan kecilnya itu di kaki lima sebuah bank ternama. Dalam masa sama, muncul juga sepasang warga emas dipercayai warga Thailand akan datang menjual kerepek ataupun minyak-minyak angin di situ.

Namun liciknya, produk berkenaan hanyalah ibarat prop untuk mereka menyembunyikan agenda sebenar dalam meraih pendapatan mudah.

Pelanggan bagi duit tapi tak ambil pun barang mereka…Duit masuk barang tak keluar, WOW!

Peniaga tempatan dedah sisi gelap modus operandi jualan kerepek menggunakan warga emas di kaki lima sebuah bank

Melihat situasi itu, Moreeza mula membuat analisis dan perbandingan dengan prosesnya mempersiapkan jualan. Daripada pencarian kawasan parkir, menurunkan barang seberat 100kg sampailah penyediaan tempat berniaga, Moreeza mengambil masa yang cukup lama. Namun akhirnya, usaha kerasnya itu seakan ‘kalah’ dengan sentimen simpati kepada 2 warga emas tadi.

Hanya bersandarkan kepada rasa kasihan, lebih ramai yang memberi duit tanpa mengambil barang manakala peniaga yang berbisnes dengan penuh ikhlas malah tidak dipandang langsung.

Mereka menuju ke kereta itu & membawa hasil yang lumayan…Esok ke mari lagi dari siang sampai malam

Daripada pemerhatian Moreeza, dia menganggarkan pasangan tua yang bersila di luar bank itu dapat meraih RM150 dalam masa 1 jam. Menjelang jam 12 malam iaitu waktu ATM ditutup, sebuah kereta akan muncul dan mereka akan menuju ke sana untuk menyerahkan segala ‘wang jualan’ yang bermodalkan simpati pengunjung bank.

Perkongsian Moreeza telah meraih lebih 10,000 sejak didedahkan ke Facebooknya.

BACA:
Niat nak bersih rumah pusaka bertukar seram, keluarga terkejut jumpa nenek kebayan muka iras arwah ibu
Wanita terkejut dicas RM33 untuk sepinggan nasi, harga kangkung belacan saja boleh beli air 2 cawan
Sepasang suami isteri diberkas JIM, cuba dapatkan pasport untuk kanak-kanak warga asing

Leave a Comment