Penjelasan tepat tentang isu buang ‘bin’ dan ‘binti’ dalam nama anak yang semua kena tahu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Penjelasan tepat tentang isu buang ‘bin’ dan ‘binti’ dalam nama anak yang semua kena tahu. Sebelum ini, tular mengenai isu seorang individu yang sanggup membuat prosedur membuang ‘binti’ dalam nama anak. Tetapi, adakah hal ini dibenarkan mengikut syarak?

Penjelasan mengenai isu tersebut menurt Bayan Linnas Siri ke-267 oleh Pejabat Mufti Wilayah.

Jika dilihat kembali, Jabatan Pendaftaran Negara tidak meletakkan syarat pemohon perlu meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ pada nama anak. Walau bagaimanapun, negara kita telah mengambil faktor mengikut ‘Uruf (Adat Setempat).

Sejak dahulu lagi setiap nama individu Muslim di Malaysia diletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ mengikut tradisi perletakan nama dan nasab para Rasul AS, Sahabt RA, Tabiin dan seluruh ulama Islam. Sebagai contoh, nama Rasulullah SAW iaitu Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib.

Oleh hal yang demikian, tidak benar dakwaan sebahagian masyarakat bangsa Arab tidak menggunakan pemakaian ‘bin’ dan ‘binti’ ini. Apatah lagi dengan sifat bangsa Arab yang amat mementingkan asal usul keturunan mereka.

Penjelasan tepat tentang isu buang 'bin' dan 'binti' dalam nama anak yang semua kena tahu

Tambahan, penggunaan ‘bin’ dan ‘binti’ ini juga memberi peluang untuk tidak menjejaskan nasab seseorang. Sebagai contoh tanpa ‘bin’ atau ‘binti’ seseorang mampu membuat helah untuk menyembunyikan status anak angkatnya.

Sebenarnya ada banyak kepentingan dalam penggunaan ‘bin’ dan ‘binti’ ini. Meskipun ianya bukan syarat dalam mendaftarkan nama, namun ia merupakan perkara penting bagi mengelakkan kekeliruan susur galur keturunan.

Penjelasan tepat tentang isu buang 'bin' dan 'binti' dalam nama anak yang semua kena tahu

BACA:
Gara-gara sering letak kaki atas ‘dashboard’, wanita ini alami kesan berbuat begitu selepas 2 tahun
Wanita berkeras tak mahu tunjuk kandungan sup yang dimasak, ramai terkejut lepas buka periuk tersebut
Hidung anak tiba-tiba berdarah tak henti, pasangan terkejut dapat tahu perkara sebenar selepas 3 tahun

Leave a Comment