Penuh ulat dalam tin sardin, wanita kesal dengan pihak pengeluar, Q&C kelaut

Penuh ulat dalam tin sardin, wanita kesal dengan pihak pengeluar, Q&C kelaut. Seorang individu meluahkan rasa terkejut apabila sardin yang dibelinya penuh dengan cacing bersaiz kecil.

Menerusi video yang dikongsi Chef Tido di TikTok, perkara itu disedari ketika dia mahu memasak sardin.

“Nak masak sardin, dahlah hujung bulan. Tak larat nak kutip dah, banyak lagi dalam kuali,” katanya.

Menerusi ruangan kapsyen yang ditinggalkan, wanita tersebut kesal dengan tahap kebersihan yang diterapkan syarikat pengeluar sardin tersebut.

Sehubungan itu, dia menasihati supaya orang ramai memeriksa terlebih dahulu keadaan makanan dalam tin sebelum memasak.

Penuh ulat dalam tin sardin wanita kesal dengan pihak pengeluar QC kelaut

“Kena tengok betul-betul baru perasan. Jangan main masak saja. Kesian dekat anak-anak kalau termakan binatang ni,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkongsi pengalaman sama dengan pengguna berkenaan.

“Saya pernah kena. Rasanya dah lima hingga enam tahun saya dah tak makan sardin,” kata Penyamun Kota.

Namun, terdapat juga segelintir orang ramai yang menganggap benda tersebut bukan cacing seperti yang didakwa.

“Kak, ada sesetengah ikan sardin yang digunakan ada urat tulang ni,” ujar Bongchan.

BACA:
Pasangan kembar ini buat Permaisuri Agong keliru, ingat bagi ijazah dekat orang yang sama
Suami terkejut jumpa video intim isteri dengan lelaki lain, jumpa senyap-senyap masa bercuti dengan keluarga
Pelakon umur 22 tahun ini menjadi ‘viral’ lepas video lucah tersebar, baju yang dipakai memang sama

Leave a Comment