Penumpang e-hailing buka cerita sedih tentang pemandu, rupanya lakukan 3 pekerjaan demi menampung keluarga

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Penumpang e-hailing buka cerita sedih tentang pemandu, rupanya lakukan 3 pekerjaan demi menampung keluarga.

DEMI menyara sebuah keluarga yang besar, seorang ayah bermatian melakukan tiga jenis pekerjaan berbeza setiap hari sehingga lewat malam.

Keadaan yang berlaku membuatkan lelaki yang turut bekerja sebagai pemandu e-hailing itu hampir tertidur sewaktu menghantar penumpangnya pulang ke rumah.

Kisah membabitkan individu itu diceritakan semula penumpang bernama Mohd Firdaus Jailan dalam hantaran di media sosial miliknya.

Menyedari keadaan pemandu itu yang sering terlelap, Firdaus meminta pemandu tersebut memperlahankan kadar kelajuan bagi mengelak dari kejadian buruk.

“Semalam saya balik naik e-hailing. Brother tu bawa laju sangat.

Penumpang e-hailing buka cerita sedih tentang pemandu, rupanya lakukan 3 pekerjaan demi menampung keluarga

“Kemudian saya perasan dia macam nak terlelap, tiga hingga empat kali juga. Saya tegur dan dia perlahankan kenderaan,” ujarnya.

Masih risau dengan keadaan pemandu yang dilihat cukup keletihan, Firdaus mencadangkan agar dia berhenti untuk berehat seketika sebelum menyambung pemanduan.

Namun cadangan itu ditolak pemandu berkenaan.

“Saya offer dia berhenti supaya boleh lelap 10 hingga 15 minit minit. Dia tak nak. Jadi terpaksalah saya ajak dia menyembang.

“Sembang punya sembang, rupanya dia buat tiga kerja. Anak ada tujuh orang, paling kecil baru setahun lebih.

“Siang dia kerja kilang. Malam dia bawa e-hailing. Hujung minggu dia buat kerja tukang paip,” demikian menurut Firdaus.

Kata Firdaus, setelah tiba di destinasi dia mengajak lelaki berkenaan untuk berhenti minum seketika, namun ia turut ditolak.

Kegigihan yang ditunjukkan lelaki berkenaan dalam mencari sesuap nasi membuatkan hati Firdaus tersentuh.

Pengorbanan seorang ayah nak pastikan semua komitmen dan keperluan anak-anak dan isteri terjaga.

“Dia tolak sebab katanya belum sampai target (pendapatan) harian lagi. Jam sudah pukul 11 malam. Pukul berapalah agaknya dia akan pulang. Esok pagi nak kerja lagi.

“Semoga Allah kuatkan jiwa dan tenaga kedua ibu bapa yang bekerja keras membela keluarga.

“Terus rasa diri ini sangat kurang bersyukur. Terima kasih Allah berikan ingatan dengan cara halus begini,” jelasnya lagi.

Perkongsian Firdaus yang merupakan seorang usahawan itu meraih perhatian ramai sehingga menjadi tular.

Rata-rata netizen rasa kagum dan simpati terhadap kesungguhan pemandu e-hailing itu yang sanggup bersusah payah mencari rezeki untuk keluarga.

BACA:
Sejarah menunjukkan orang melayu berasal dari keturunan Qantura, bangsa dari keturunan Bani Israel yang hilang
Budak 16 tahun ‘dipaksa’ layan nafsu bomoh sebanyak 4 kali, dakwa buang ‘pendamping’ yang ada
Peniaga terkilan dengan pelanggan, buat muka masa buat pembayaran kerana dicaj RM1 untuk nasik dan sambal lebih

Leave a Comment