Buat perangai masa ‘pickhour’ penumpang LRT letak barang dekat kerusi kosong jadi perhatian

Buat perangai masa ‘pickhour’ penumpang LRT letak barang dekat kerusi kosong jadi perhatian

Seorang pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) dianggap mementingkan diri sendiri apabila memenuhi tempat duduk dengan pelbagai beg tanpa menghiraukan pengguna lain.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @yoesmadjanew diTikTok, kelihatan ramai pengguna di dalam LRT tersebut terpaksa berdiri kerana tidak mempunyai tempat duduk.

@yoesmadjanew

2023 wujud lagi ye kat malaysia manusia mcm ni🤬#fyp

♬ Santai – Faizal Tahir

Dalam video itu, perakam merakam keadaan keliling yang penuh dengan penumpang walaupun tak sesak. Dapat dilihat beberapa orang penumpang membawa beg pakaian yang besar dan hanya berdiri. Ada juga yang berdiri sangat dekat dengannya.

Walaupun dalam situasi tersebut, pengguna terbabit dilihat tidak mengalihkan beg malah leka bermain telefon bimbitnya.

Menerusi ruangan kapsyen, perakam mempersoalkan kenapa masih wujud orang begini di tahun 2023. Katanya, walaupun penumpang lain dah beri pandangan sinis, dia hanya buat tak tahu sambil tengok telefon.

Di ruangan respon, netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan pentingkan diri itu. Kata netizen, jika mereka di situasi itu, mereka tanpa segan silu akan letak beg di bawah dan duduk.

Sumber

Baca : Tak sangka batu ini bernilai RM400,000, ingat batu penyendal biasa je

Leave a Comment