Penumpang panik lihat pesawat diselubungi asap selepas langgar burung

Penumpang panik lihat pesawat diselubungi asap selepas langgar burung

Penumpang syarikat penerbangan Southwest Airlines dari Cuba ke Fort Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat berhadapan detik cemas apabila pesawat berkenaan terpaksa melakukan pendaratan cemas berikutan kerosakan akibat pelanggaran dengan burung pada Isnin.

Lebih mencuri tumpuan, kepulan asap mula memenuhi kabin pesawat berkenaan susulan burung itu telah melanggar salah satu enjin dan hidung pesawat tersebut.

Pesawat Boeing 737 itu dinaiki 147 penumpang dan enam anak kapal dengan juruterbang difahamkan gagal melakukan pendaratan ke Havana, Cuba dengan baik.

Ketika kejadian, kesemua penumpang yang menjerit-jerit dan kanak-kanan mula menangis, manakala sebahagian lagi dilihat cuba mendapatkan topeng oksigen tatkala asap tebal mula menyelubungi mereka.

@ctvnews

DRAMATIC: Chaos on plane after bird strike causes cabin smoke #birdstrike #southwestairlines #Cuba

♬ original sound – CTVNews

Beberapa penumpang dalam insiden itu berkata, topeng oksigen mereka tidak dapat digunakan ketika asap semakin tebal selain turut terdengar bunyi letupan ketika kejadian.

“Orang ramai terpaksa menumbuk bahagian bumbung pesawat untuk mengeluarkan topeng hinggakan ada yang mengalami luka berdarah akibat menumbuk terlalu kuat,” kata Rodriguez.

Seorang lagi penumpang, Jorge Montesino berkata, dia turut menyaksikan enjin pesawat itu terbakar dan telah menghantar pesanan terakhir kepada isteri dan anaknya menerusi telefon.

Sebaik pesawat berjaya mendarat, rata-rata penumpang yang masih dalam ketakutan bertepuk tangan dan bersorak kepada juruterbang sebagai tanda terima kasih.

@nbcnews

A #SouthwestAirlines flight from Cuba to Florida was forced to turn back to Havana for an emergency landing after hitting birds and suffering engine trouble in an incident that saw the cabin fill up with smoke, airline and Cuban officials say.

♬ original sound – nbcnews

“Kapten wanita itu sangat luar biasa, dengan hanya satu enjin di bahagian kiri dia mampu memusingkan haluan pesawat dan melakukan pendaratan dengan selamat,” ujar Montesino.

Pihak syarikat penerbangan Southwest menerusi kenyataannya berkata, pujian diberikan atas tindakan pantas juruterbang dan kesemua pramugari yang memberikan komitmen tinggi dalam insiden berkenaan.

“Kami memohon maaf kepada kesemua penumpang atas kesulitan yang berlaku dan pihak kami telah menghubungi mereka untuk memberikan bantuan dan sokongan yang diperlukan,” katanya.

Tambahnya lagi, Southwest Airlines akan melakukan pemeriksaan terhadap pesawat itu untuk menilai tahap kerosakan dialami namun tiada butiran tambahan yang boleh dikongsikan setakat ini.

Sumber

Baca : Wanita kongsi cara paling ‘cikai’ nak simpan duit gaji RM1500 sebulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *