
Penunggang Motorsikal Tunjuk Lagak, Akhirnya Dapat ‘Hukuman’ Ini Buat Netizen Puas Hati
Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna jalan raya memaparkan seorang penunggang motosikal mendapat ‘hukuman’ on the spot selepas membuat beberapa kesalahan.
Dalam satu video berdurasi 41 saat itu, seorang penunggang motosikal telah memarahi seorang pemandu Perodua Myvi yang melalui di hadapannya.
Kemudian secara tiba-tiba dia membuat aksi ‘wheelie’ sejurus lampu isyarat merah bertukar menjadi hijau.
Namun dalam beberapa meter selepas itu telefon pintarnya keluar dari poket dan terjatuh ke atas jalan raya.
Dia segera memberhentikan motosikal dan mengundur perlahan-lahan untuk mengutip telefonnya.
enunggang motosikal itu ‘bernasib baik’ kerana ketika itu jalan raya tidak sibuk dan tiada mana-mana kenderaan melenyek telefon tersebut.
Rakaman video yang dikongsikan tular di kalangan netizen dan membuatkan orang ramai rasa puas hati dengan ‘hukuman’ yang diterimanya serta-merta.
Nyata netizen yang geram dengan tindakan ‘wheelie’ lelaki itu, mereka mahu dia sendiri yang jatuh bukan telefonnya, supaya pada masa hadapan dia akan beringat tidak melakukan aksi-aksi berbahaya lagi.
Baca : Rupanya Ini Asal-Usul Nama Kenderaan Yang Kita Guna Sekarang