Penyanyi 90-an buat onar, sering buat bising dan buang sampah merata, siap bawa keluar parang jika pemilik datang

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Penyanyi 90-an buat onar, sering buat bising dan buang sampah merata, siap bawa keluar parang jika pemilik datang.

Seorang tuan rumah telah membuat laporan polis susulan penyanyi lelaki popular 90-an yang didakwa tidak membayar sewa rumah selama empat bulan.

Menurut laporan Harian Metro, penyanyi lelaki itu mempunyai tunggakan sewa rumah sebanyak RM3,600 kerana tidak dibayar dari bulan Jun sehingga September.

Malah, bil elektrik juga tidak pernah dibayar oleh penyanyi itu sekaligus membawa jumlah keseluruhan hampir RM7,000.

“Dia seorang yang tidak boleh bawa berbincang. Beliau keluar dengan parang sewaktu saya datang ke rumah itu untuk berbincang,” kata pekerja swasta, Liza Mohamed mengenai penyanyi popular yang menduduki rumah sewa miliknya.

Beliau telah membuat empat laporan polis namun kes ini masih lagi tidak dapat diselesaikan walaupun notis mengosongkan rumah telah diberi dan diterima. Penyanyi itu walau bagaimanapun tidak mengendahkan notis tersebut dan masih tinggal di rumah itu.

Rumah yang terletak di Setapak Indah itu disewakan kepada penyanyi berkenaan dan mereka telah bersetuju dengan kontrak penyewaan rumah tamat pada bulan September. Akan tetapi, setelah kontrak tamat penyanyi itu masih tidak lagi beredar.

Liza menambah, rumah itu adalah aset peninggalan arwah suami dan disebabkan sewa rumah itu sudah tertunggak, dia berhadapan dengan masalah kewangan dan perlu tinggal di rumah itu semula.

Dalam pada itu, Liza yang juga pekerja swasta memaklumkan, penyanyi tu akan keluar dari rumah itu sekiranya ada kediaman lain untuk diduduki.

Sepanjang Oktober 2020 sehingga September 2021, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang membayar sewa rumah itu dan disambung bayar oleh Baitulmal sehingga September lalu.

Ibu tiga anak ini berharap agar pihak berkuasa dapat membantu cari rumah pengganti lain untuk penyanyi itu berteduh. Beliau juga akan menyelesaikan masalah itu secara baik di luar mahkamah dan mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan.

Terdahulu, penyanyi itu juga didakwa sering membuat bising dan merosakkan harta jiran. Malah, beliau turut memelihara banyak kucing yang mengakibatkan bau busuk, membuang sampah merata-rata dan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati jiran.

BACA:
Pasangan suami isteri guna motorhome pusing semenanjung Malaysia, tak perlu modal yang banyak dan sangat unik
“4 tahun aku kahwin dengan isteri, dia tak banyak cakap, masa dia dekat hospital, aku jumpa sepucuk surat yang buat aku menyesal seumur hidup”
Abang Grab menjadi hero, berusaha mencari lubang untuk mengeluarkan takungan air

Leave a Comment