Penyanyi dangdut buang anak baru lahir dalam hutan guna bagasi, biar 2 hari dalam bilik tidur

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Penyanyi dangdut buang anak baru lahir dalam hutan guna bagasi, biar 2 hari dalam bilik tidur

Masalah sosial melibatkan anak-anak muda berusia belasan tahun sampailah lingkungan umur 20-an makin melarat dari hari ke hari termasuklah pergaulan bebas melampau. Keberanian mereka yang ke tahap membuat hubungan badan tanpa memikirkan halal haram seakan dipandang sebagai benda biasa di zaman sekarang.

Bukan sekali, malahan ada yang mengulangi perbuatan itu dengan pasangan berbeza. Bagi seorang penyanyi dangdut yang juga berstatus janda ini juga, keterlanjuran tidur dengan lelaki lain akhirnya mengheret dirinya bertindak luar kewarasan setelah membawa kandungan luar nikah selama 9 bulan.

Selepas bersalin pada 30 April, Hikmah Satwika Kuncoro Putri berusia 23 tahun bertindak menyumbat bayinya ke dalam sebuah bagasi lalu sengaja dibiarkan selama 2 hari dalam bilik tidur. Apabila si kecil itu sudah ‘tewas’, Hikmah membawa beg tersebut lalu humbankan ke sebuah kebun pada tarikh 2 Mei. Keesokan harinya pada jam 3.00 petang, penduduk di kawasan terbabit menjumpai tubuh bayi malang itu.

Saat ini, penyanyi yang berasa dari sebuah kota di Indonesia itu telah ditangkap selaku suspek utama dan siasatan masih dijalankan pihak berkuasa. Dalam pada itu, Hikmah akui punca dia tergamak melakukan jenayah ini adalah kerana merasa malu anak berkenaan hasil dirinya meniduri ramai lelaki selama ini. Setelah melahirkan dalam bilik air, Hikmah terus memindahkan bayi yang masih hidup itu ke dalam bagasi.

Baca : Founder terkenal tolong orang ramai untuk nama, bagitahu masa “oncall” dedah individu ini

Leave a Comment