Penyelia Jururawat lesap RM380,000 lepas tekan butang suka di Instagram, ditipu ‘scammer’ hidup-hidup

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Penyelia Jururawat lesap RM380,000 lepas tekan butang suka di Instagram, ditipu ‘scammer’ hidup-hidup.

Seorang penyelia jururawat terpaksa berputih mata selepas wang simpanannya bernilai RM387,035 lesap dalam sekelip mata kerana ditipu oleh ‘scammer’ mencari kerja dalam talian yang menawarkan gaji yang tinggi, lapor Harian Metro.

Menurut kenyataan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, beliau berkata mangsa berusia 46 tahun itu menerima mesej melalui WhatsApp menawarkan dia kerja sambilan pada 11 September lalu.

Penipu itu kemudian memberitahunya bahawa dia perlu lakukan hanya dengan menekan butang ‘suka’ di Instagram dan bakal mendapat komisen RM5 untuk setiap tugas yang dia selesaikan.

Tidak tahu dirinya bakal terperangkap, mangsa meneruskan lima tugasan dan menerima komisen berjumlah RM25.

“Dia kemudiannya diberikan tugasan prabayar yang melibatkan membuat pembayaran terlebih dahulu dan dijanjikan keuntungan yang lebih besar.

Penyelia Jururawat lesap RM380,000 lepas tekan butang suka di Instagram, ditipu 'scammer' hidup-hidup

“Selepas membuat 36 transaksi ke 21 akaun bank berjumlah RM387,035 sepanjang 13 hari bermula 11 Sept, mangsa akhirnya menyedari dia telah ditipu,” katanya.

Yahaya menambah, mangsa menggunakan wang simpanannya sendiri dan meminjam wang daripada rakan dan ahli keluarga untuk semua transaksi, sambil menambah kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran kerja yang diberikan melalui laman sosial yang menjanjikan pulangan lumayan dan menyemak di https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi.

BACA:
“Saya suka tengok konten akaun dia” – Lelaki terkejut ketika lihat video di ‘darkside’, baru tahu pemilik rupanya isteri sendiri
Pemuda menyesal seumur hidup, disahkan lumpuh gara-gara main telefon dan duduk terlalu lama ketika buang air besar
Kenapa nyamuk suka dan selalu terbang keliling kepala kita? Ini rupanya punca yang buat ramai terkejut

Leave a Comment