
Penyeludupan 4 Tengkorak Berjaya Dihalang Oleh Pihak Berkuasa
Penyeludupan sebuah bungkusan yang mengandungi empat tengkorak manusia berjaya dipintas oleh pihak pihak berkuasa Mexico di lapangan terbang Queretaro, kira-kira 200 kilometer dari barat laut Mexico City.
Guardia Nacional berkata pada hari Jumaat empat tengkorak, dipercayai manusia, ditemui dibalut dengan kerajang aluminium dan plastik di dalam kotak kadbod di sebuah kurier yang terletak di lapangan terbang Queretaro.

Empat tengkorak tersebut dipercayai dikirim dari Apatzingan, Michoacan dan dialamatkan ke bandar Manning, Carolina Selatan Amerika Syarikat, menurut Guardia Nacional dalam satu kenyataan.
Pasukan itu menjelaskan bahawa pengirim tidak memiliki permit yang sesuai untuk mengeksport tengkorak manusia.
Siasatan berhubung perkara berkenaan akan dijalankan
Mengerikan! Bas Terbalik, 15 Terkorban