Perakam dapat ‘hadiah’ dari pemandu yang bawa kereta terhuyung-hayang seperti orang mabuk
Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum daripada segala perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.
Sekiranya kita mematuhi segala peraturan berpuasa maka sahlah puasa kita. Tetapi dalam masa yang sama, ada perkara yang kalau kita lakukan, ia akan mencacatkan pahala puasa.
Kita diajarkan untuk tidak melakukan perbuatan tercela seperti dusta dan banyak mencela. Di antara akhlak yang wajib ditinggalkan lagi adalah suka mencela atau menghina orang lain.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular video dikongsikan seorang pengguna Twitter menjadi perhatian ramai memaparkan kereta Proton Persona dilihat dalam keadaan terhuyung-hayang seperti orang mabuk.
Bukan itu sahaja, tindakan pemandu tersebut yang menggunakan perkataan kesat turut dirakam oleh pengguna jalan raya lain.
Difahamkan, susulan kereta Persona yang dibawa secara bahaya itu membuatkan pengguna jalan raya lain merakam kejadian serta tertanya-tanya apa yang terjadi pada pemandu berkenaan.
Namun, pemandu Persona berkenaan ‘membabikan’ pengguna kereta yang merakam video tersebut sebaik sahaja memontonnya.
Dalam pada itu, perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tertanya-tanya mengapa pemandu Persona itu memandu dalam keadaan sedemikian serta memaki pengguna jalan raya lain.
Sementara itu, ada netizen tertanya-tanya apa punca dari awal sehingga terjadi kejadian tersebut dipercayai berhampiran Aeon Big Seremban 2, Negeri Sembilan.