TerasMalaysia

Perbuatan ‘instructor ini membawa padah, selamba cium pelancong asing macam kawan sendiri masa ‘diving’

Perbuatan ‘instructor ini membawa padah, selamba cium pelancong asing macam kawan sendiri masa ‘diving’. Seorang pembantu jurulatih selam ditahan polis selepas tular rakaman video mempamerkan dirinya mencabul pelancong wanita warga China.

Menerusi rakaman yang tular itu, lelaki tersebut dilihat mencium pipi pelancong berkenaan ketika melakukan aktiviti menyelam di Semporna, Sabah pada Jumaat lepas.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, Asisten Superintendan Arif Abdul Razak, suspek berusia 27 tahun itu ditangkap di sebuah penginapan atas ais selepas mangsa membuat laporan keesokan hari.

Perbuatan instructor ini membawa padah selamba cium pelancong asing macam kawan sendiri masa diving

Kata mangsa berusia 25 tahun itu, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari dan dia juga disahkan telah meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Tawau selepas membuat laporan.

Difahamkan, dia telah menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur dari Tawau dan akan menyambung perjalanan pulang ke negara asalnya.

Suspek kini ditahan reman sehingga 11 Mei untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Dalam pada itu, netizen di media sosial mendakwa ramai jurulatih atau beach boy yang miang tidak kiralah daripada segi pertuturan atau perbuatan.

BACA:

“Homestay cantik dan berada ditepi laut, aku tak sangka family aku kena gangguan yang macam tu”

”Aku macam bermadu, suami aku pun rela je ikut kehendak, habis tu suami kau buat apa?”

Ahli Parlimen Kelantan ‘kantoi’ guna air pili bomba untuk kepentingan diri dan penduduk

Leave a Comment