TerasMalaysia

Permintaan Pelik Isteri Buat Suami Buntu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Permintaan Pelik Isteri Buat Suami Buntu

Baru-baru ini terdapat sebuah kisah pelik dimana seorang lelaki meminta nasihat daripada netizen bahawa isterinya mahu dia berkahwin dengan kawan baiknya.

Menerusi hantaran si suami yang tular di SGWhispers, lelaki berkenaan meluahkan rasa buntu mengenai permintaan ‘lain macam’ isterinya itu.

Difahamkan, hasil perkahwinan pasangan terbabit, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, namun isterinya tetap meminta untuk berkahwin dengan rakan baiknya yang sudah bercerai serta mempunyai dua orang anak.

Isterinya menjelaskan bahawa jika dia berkahwin dengan kawan baiknya, dia juga akan mempunyai seseorang untuk menjaganya, dan anak-anak rakannya juga akan menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Dalam masa kurang dari sehari, perkongsiannya mendapat lebih 150 reaksi dan lebih 200 komen. Rata-rata netizen berpendapat supaya lelaki itu mengikut kata hatinya dan dia masih boleh membantu kawan baik isterinya tanpa mengahwininya.

Sumber

Menara 118 Ditawan Warga Asing Buat Kali Kedua – Dah Boleh ‘Upgrade’ Security Dah Ni

Leave a Comment