Perompak jatuh cinta dengan mangsa, minta jadi rakan di Facebook sambil acu pistol
Seorang perompak bersenjata dilaporkan mahu berkawan dengan mangsanya di Facebook selepas memecah masuk rumahnya di Indianapolis.
Perompak itu juga dikatakan sempat menghantar mesej kepada perempuan tersebut dengan mengatakan bahawa ‘awak terlalu cantik untuk dirompak’ sebelum mengajaknya keluar dating.
Mangsa bernama Amber Beraun berkata, ketika kejadian dia baru sahaja pulang ke rumahnya di tenggara Indianapolis kira-kira jam 4 pagi selepas seharian bekerja.
Sementara mengambil surat dari peti suratnya, seorang lelaki bersenjatakan pistol telah mendatanginya.
“Dia mengeluarkannya dari poketnya dan menunjukkan kepada saya apa yang sedang berlaku. Lelaki tersebut sempat berkata ‘izinkan saya masuk ke rumah kamu’. Namun saya tidak berbuat demikian,” cerita Amber.
Sebaliknya, menurut Amber dia telah menghulurkan wang tunai dari keretanya yang berjumlah kira-kira USD100 (RM466).
Perompak tersebut seterusnya bertanya kepada Amber sama ada dia mempunyai teman lelaki dan ingin berkawannya di Facebook sambil mengacukan pistol.
Damien juga didakwa menunjukkan profil akaun Facebook miliknya kepada Amber ketika kejadian tersebut.
“Saya fikir jika menambahnya di Facebook, dia akan pergi dan ternyata ia benar-benar pergi,” kata Amber lagi.
Menurut polis Indianapolis, tidak lama selepas kejadian rompakan itu, perompak tersebut didapati mula menghantar mesej kepada Amber di Facebook.
Mesej tersebut berbunyi seperti: “Lihat, saya akan membayar anda semula. Ia adalah cara yang salah untuk bertemu seseorang, tetapi anda sangat cantik untuk dirompak.”
Polis Metropolitan Indianapolis berkata perompak tersebut sebelum ini pernah ditangkap dan didakwa dalam kejadian rompakan berasingan pada 12 Jun lalu.
Dia didakwa telah menembak dua orang mangsa dan memukul mangsa ketiga di kepala dengan batu berikutan pertengkaran dalam kejadian tersebut.
Perompak tersebut kemudiannya menghalang pintu masuk bangunan berkenaan sebelum pasukan SWAT tiba dan akhirnya menyerahkan dirinya kepada pihak berkuasa.
Dalam kejadian tersebut, perompak tersebut didakwa dengan tuduhan pecah rumah, memliki senjata yang menyalahi undang-undang, kecuaian jenayah dan bateri.
Selain itu, dia juga didakwa dalam rompakan menggunakan senjata api di rumah Amber pada Rabu lalu dan ditahan dengan bon USD7,500 (RM35,000).