Perompak terpinga-pinga lepas gertakan yang dilakukan ‘dipalau’ pelanggan dalam kedai
Rompakan ialah pengalaman yang tiada siapa mahu lalui. Traumatik bagi sesiapa yang pernah mengalaminya, ia adalah salah satu ketakutan terbesar mereka. Kadang-kadang ketakutan ini mencapai alam bawah sedar dan mengejutkan anda dalam mimpi.
Namun, lain pula dengan apa yang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini. Seorang penjanayah dikatakan telah membatalkan hasrat untuk merompak sebuah kedai salun kecantikan yang terletak di Atlanta, Georgia. Perkara tersebut berlaku kerana pengunjung salun tersebut langsung tidak mengendahkan gertakannya.
Klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu menyaksikan suspek menerpa masuk ke premis berkenaan sambil menjerit dan mengarahkan kesemua mereka untuk menyerahkan wang.
Dia dalam pada itu turut dilihat seolah-olah mengacukan senjata yang disorok di dalam beg.
Kesemua pengunjung dilihat meragui tindakan lelaki berkenaan mempunyai sebarang senjata dan hanya memandang lelaki itu tanpa mengendahkannya.
Suspek yang kemudian terpinga-pinga cuma mengambil sebuah telefon bimbit sebelum akhirnya beredar dari situ dengan kereta sedan berwarna silver.
Pihak berkuasa dalam pada itu mengeluarkan ganjaran A$2,000 (~RM9,320) untuk sebarang maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek.