Pertanyaan lelaki ini buat orang awam terpinga-pinga nak jawab
Bermula sebagai jaringan sosial, media sosial kini menjadi sebahagian daripada norma kehidupan masyarakat, baik untuk kegiatan sosial mahupun ekonomi.
Pernahkah anda terfikir, mengapa anda mempunyai akaun media sosial? Adakah ia satu keperluan atau terikut-ikut dengan kehendak semasa?
Walau apa saja jawapan yang diberikan, media sosial semakin mendapat tempat dalam kalangan belia kerana mereka terdedah dengan persekitaran yang kaya media, saluran berkongsi maklumat yang cepat, mudah mencari kenalan baharu dan berfungsi sebagai alat berkomunikasi melalui peranti pintar dilengkapi dengan kemudahan internet.
Baru-baru ini terdapat sebuah video dimana seorang lelaki menguji orang awam dengan menanyakan soalan kepada orang awam telah mendapat perhatian ramai.
Dalam video tersebut soalan yang pertama yang ditanya ialah siapa 5 youtuber yang mereka kenali. Dapat dilihat, ia dijawab sengan lancar.
Namun, dia mengubah soalan seterusnya kepada untuk mereka memberikan lima rukun Islam. Situasi itu membuatkan mereka seperti terpinga-pinga dan sedikit tergagap menjawabnya.
Apabila melihat diruangan komen rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mengenai aksi orang awam menjawab soalan tersebut.
Rukun Islam adalah lima perkara dasar dalam Islam, yang dianggap sebagai asas yang wajib bagi orang-orang beriman iaitu :-
- Mengucap Dua Kalimah Syahadah
- Mendirikan Solat 5 Waktu Sehari Semalam
- Berpuasa Di Bulan Ramadhan
- Menunaikan Zakat
- Mengerjakan Haji Bagi Yang Mampu