Pertuduhan dikenakan tak berasas, Rosmah failkan permohonan untuk batal 17 kesalahan elak cukai & pengubahan wang haram

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pertuduhan dikenakan tak berasas, Rosmah failkan permohonan untuk batal 17 kesalahan elak cukai & pengubahan wang haram

Isteri kepada bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor telah memfailkan permohonan bagi membatalkan 12 pertuduhan wang haram berjumlah RM7,097,750.

Tidak hanya itu Rosmah turut memfailkan permohonan sama terhadap lima lagi pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Rosmah memfailkan permohonan terbabit menerusi Tetuan Reza Rahim & Rajivan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu (6 September) dengan Pendakwa Raya dinamakan sebagai responden.

Isteri kepada Datuk Seri Najib itu membuat permohonan agar dilepaskan dan dibebaskan dari kesemua kes pertuduhan yang sebelum ini telah dikenakan terhadapnya pada 4 Oktober 2020.

Berdasarkan afidavit sokongan yang telah difailkan bersama dengan notis usul, Rosmah mendakwa pertuduhan yang dihadapinya adalah tanpa asas, defektif serta tidak mengemukakan apa-apa kesalahan.

“Kesemua pertuduhan itu secara asasnya adalah berlandaskan bahawa saya kononnya gagal untuk memfailkan pulangan yang diperlukan di bawah seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan, 1967 (Akta 53) yang bertentangan dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Pada masa material, Ketua Pengarah LHDN tidak pernah menyerahkan kepada saya sebarang taksiran, permintaan dan tuntutan seperti yang diperuntukkan dibawah Akta Cukai Pendapatan 1967 itu yang menjadikan jumlah berkenaan boleh dikenakan bayaran,” dakwa beliau.

Rosmah menerusi afidavit sokongan itu turut mendakwa hanya pihak Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) yang berhak menentukan jika jumlah terbabit tertakluk kepada pembayaran cukai dan bukan mahkamah.

“Jika mahkamah jenayah meneruskan dengan penentuan itu (iaitu samada jumlah itu perlu pembayaran cukai) maka ia akan mengambil alih fungsi SCIT yang juga satu badan yang diberi kuasa melalui undang-undang bertulis.

“Saya mempunyai hak substantif dan hak perlembagaan untuk dilayan secara saksama dan mempunyai hak perundangan substantif dibawah Bahagian VI Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan rayuan terhadap apa-apa taksiran yang dilakukan oleh pihak LHDN yang jelas dinafikan kepada saya dalam kes ini,” ujar Rosmah lagi.

Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn dan peguam mewakili Rosmah iaitu Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin sewaktu pengurusan di hadapan Hakim K Muniandy mengesahkan afidavit itu telah difailkan beliau pada 6 September.

Hakim lalu mengarahkan pasukan pendakwaan untuk memfailkan afidavit balas selewatnya 22 September, manakala pemfailan hujahan bertulis pihak pembelaan isteri kepada Bekas Ahli Parlimen Pekan itu dan pendakwaan masing-masing selewatnya 2 serta 16 November ini.

“Permohonan untuk membatalkan pertuduhan terbabit akan didengar 13 Disember,” katanya.

Baca : Pasangan kantoi guna bilik simpan dokumen untuk lepaskan nafsu, pelajar siap rakam sebagai bukti

Leave a Comment