TerasMalaysia

Pesara guru nyaris mati tertelan gigi palsu

< div id="M846860ScriptRootC1398549">
Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pesara guru nyaris mati tertelan gigi palsu

Situasi mengerikan berlaku untuk seorang pesara guru berusia 67 tahun yang hampir kehilangan nyawanya selepas gigi palsunya tersekat di kerongkongnya.

Dalam kejadian yang berlaku di Bangkok, Thailand itu, lelaki yang namanya tidak didedahkan itu menyedari sesuatu tersekat pada kerongkongnya ketika dia minum air untuk makan ubat selepas menikmati hidangan lain.

Tidak menyedari objek tersebut ialah gigi palsu, dia minum air dengan banyak supaya dapat menelan dengan lancar.

Namun, selepas menyedari gigi palsunya hilang, lelaki itu mengesyaki dia tertelan objek tersebut. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tha Sala untuk pemeriksaan lanjut.

Pesara guru itu menjalani imbasan X-ray dan endoskopi bagi menilai keadaannya.

Meskipun imbasan X-ray pada awalnya tidak menunjukkan sebarang objek yang tersekat, doktor melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT) kerana menyedari jika benda asing tersebut ialah plastik, ia tidak kelihatan dalam ujian X-ray.

Hanya selepas imbasan CT, barulah gigi palsu itu dapat dikesan pada kerongkong pesakit.

Dia kemudian menjalani prosedur selama beberapa jam dan melibatkan lima orang pakar bedah bagi mengeluarkan gigi palsu tersebut menerusi prosedur endoskopi.

Baca : Bapa jadi ‘bidan terjun’, terpaksa nikah dengan bakal menantu

Leave a Comment