
Petani Jadi Kaya Lepas Jual ‘Benda’ Ni Dari Seekor Kerbau – Tu Baru Sekor Kalu 3?. Pendedahan seorang petani dari Thailand yang mengatakan dirinya berjaya meraih keuntungan sebanyak 1 juta baht (RM130,879) dalam sebulan telah mengejutkan orang ramai.
Difahamkan, petani tersebut iaitu Mongkol Mongphet, sering menerima tawaran lumayan daripada penternak kerbau air dari seluruh wilayah di Thailand untuk mendapatkan air mani kerbau jantannya yang dikenali sebagai ‘Big Billion’.
Benih Big Billion itu dikatakan pernah menerima tawaran sebanyak 30 juta baht bersamaan dengan RM3.9 juta!
Ini kerana, kebanyakan penternak menggunakan air mani kerbau jantan itu untuk dikahwinkan dengan kerbau betina agar generasi baru kerbau yang cantik dan sihat dapat dilahirkan.
Menurut pemilik Big Billion, selain daripada hasil ‘tenaga’ kerbaunya yang dikerah, najisnya juga bertindak sebagai baja organik menyuburkan padi serta tanaman lain tanpa memerlukan bahan kimia lain.
Malah, petani tersebut turut mendedahkan bahawa keluarganya dapat menghantar anak-anak ke sekolah dengan pendapatan yang diperoleh daripada jualan kerbau mereka.
Sebagai info, selain daripada membantu pertanian, kebanyakan kerbau yang diternak di Thailand turut dipertanding dalam pertandingan peringkt kebangsaan untuk memaparkan kecantikan dan kekuatan masing-masing.