TerasMalaysia

Peti ais ‘melayang’ dari trak pikap, pemandu dikecam buat kerja sambil lewa

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Peti ais ‘melayang’ dari trak pikap, pemandu dikecam buat kerja sambil lewa

Tular satu video menunjukkan sebuah peti ais terjatuh dari trak pikap di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) sebelum kawasan Rehat dan Rawat Rawang arah selatan.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsi orang awam, sebuah kenderaan pacuan empat roda dilihat memandu dengan sangat laju di lorong kanan sambil membawa sebuah peti ais di ruang kargo terbuka.

Namun secara tiba-tiba peti ais yang dibawanya terjatuh dan bersepai di atas lebuh raya, sehingga menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa mengelak serpihan barangan elektrik itu.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Lebuhraya Utara Selatan sebelum kawasan Rehat dan Rawat Rawang arah selatan.

“Aduh tuan, ikat betul-betul la jangan ikat macam teh o ais ikat tepi tuan. Lepas tu jangan lah laju sangat. Peti ais tu. Ini dah menyusahkan orang lain, nasib baik tak jadi apa-apa,” tulis pemilik dashcam berkenaan di TikTok slot gacor

.

Dalam rakaman itu juga, dapat dilihat sebuah bas sedang mengelak serpihan peti ais yang berkecai namun tidak diketahui sama ada pemandu bas itu berjaya mengelak atau tidak.

Rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang atas kecuaian pemandu berkenaan kerana menurut mereka ia amat membahayakan nyawa pengguna lain.

Sumber

Baca : ”Aku ajak tunang teman ‘pack’ tudung jualan aku, benda ni jadi masa kami tengah buat kerja”

Leave a Comment