Petua sekadar petua, lelaki dikejarkan ke hospital lepas menikmati hidangan nasi kandar, tercekik ‘sesuatu’ ketika jamu selera.
APABILA lapar, selera tu tentunya tinggi.
Namun jangan sampai lupa diri, bimbang boleh tersedak atau tercekik jika terlalu gelojoh ketika makan.
Begitu juga dengan kisah seorang lelaki yang berdepan detik cemas apabila tulang ikan tersekat dalam tekaknya ketika menikmati nasi kandar.
Menerusi perkongsian di laman X (Twitter), lelaki itu terpaksa dikejarkan ke hospital akibat insiden tersebut.
“Hari ni kali pertama terjadi dalam hidup saya, tulang ikan sangkut dan kena pergi hospital. Waktu tu makan tengah hari, syok pekena nasi kandar tiba-tiba rasa sangkut dekat tekak.

“Cuba minum air tak turun-turun. Duduk cuba batuk keluarkan pun tak jalan. Memang rasa besar juga tulang ini,” luahnya.
Dalam situasi paniku, dia sempat mengimbas kali mengenai satu bebenang di laman X yang pernah dibacanya berkaitan individu lain turut mengalami tersekat tulang ikan.
“Dia sampai terpaksa ditidurkan di hospital sebab cuba petua makan pisang dan nasi gumpal, kononnya nak tolak tulang ikan ke dalam perut. Sekali tulang ikan tu tercucuk dekat bahagian dalam tekak dia.
“Saya dalam dilema, nak cuba tip tu atau pergi terus ke hospital bahagian telinga, hidung dan tekak (ENT),” katanya yang berbelah bahagi ketika itu.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan kemudian memutuskan untuk terus mendapatkan rawatan di hospital kerana bimbang keadaannya bertambah buruk sekiranya tersilap langkah.
Lepas ni kita makan ayam je la, tak nak lagi dah makan ikan.
“Saya fikir adalah lebih baik kalau terus pergi ke ENT, risau kalau sangkut lagi dalam. Nanti lagi susah nak keluarkan (tulang ikan). Saya pun lupakan je segala petua tu.
“Setibanya di unit ENT, memang betul tulang ikan tu sangat besar. Nasib baik tak tertolak jauh ke dalam lagi. Doktor pun cakap yang saya sangat bertuah dan bijak untuk terus ke hospital.
“Ada betulnya saranan yang mengatakan kena kunyah 40 kali, hancurkan makanan sebelum telan. Walaupun tak ada hadis sahih, tapi ada kebaikan untuk mengamalkannya.
“Terima kasih bebenang X, perkongsian anda berjaya selamatkan nyawa saya. Keadaan saya stabil selepas prosedur, siap sambung makan nasi kandar lagi,” kata lelaki itu menutup bicara.
Bebenang itu ditulis pada 2021 dan mangsa yang merupakan seorang wanita terpaksa ditidurkan selama sejam melalui pembiusan am untuk mengeluarkan tulang ikan di dalam tekaknya.
Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya risau dengan insiden yang ditimpa lelaki itu.
“Allahu lepas ni kita makan ayam je la, tak nak lagi dah makan ikan. Patut la ada sesetengah yang dah tak makan ikan sampai seumur hidup,” kata mereka.
I've experienced something for the first time today. Tulang ikan sangkut dan kena pergi hospital. Tengah syoknyo pekena nasi kandaq masa lunch tiba-tiba rasa sangkut. Try minum air tak turun. Duk cuba batuk keluarkan pun tak jalan. Memang rasa besar juga en. Teringat ada baca-
— ayam (@bukanayamacc) October 2, 2023