Petugas kesihatant buat perangai, selamba ‘upload’ video ketika bertugas, siap rakam aksi tak senonoh dekat belakang pesakit
Di jalanraya pasti terserempak dengan kenderaan ambulans, kebanyakan pemandu akan secara automatik memberi laluan kepada ambulans supaya boleh bergerak dengan lancar dan bawa pesakit ke pusat rawatan dalam kadar yang segera.
Begitulah cabaran petugas kesihatan yang membawa pesakit terutama ketika kesesakan lalu lintas.
Namun dalam keadaan cemas itu, ada petugas kesihatan yang didakwa berseronok di dalam ambulans dengan membuat rakaman untuk tujuan peribadi.
Menerusi perkongsian video di media sosial, kelihatan seorang wanita dipercayai pembantu perawatan kesihatan (PPK) merakam diri sendiri di dalam ambulans.
Dengan wajahnya manis sambil tersenyum, petugas itu turut merakam keadaan di luar ambulans dengan memperlihatkan beberapa kereta yang dipintas kenderaan itu.
“Sempat lagi berlumba-lumba,” menurut kapsyen video berdurasi 19 saat itu.

Walaupun tidak dipastikan kapsyen tersebut merujuk kepada ambulans yang dipandu laju atau kereta yang melalui lorong bersebelahan, tetapi tindakan petugas wanita tersebut membuat rakaman ketika bertugas dalam keadaan kecemasan itu menjadi persoalan netizen.
“Boleh ke muat naik ke media sosial ketika menjalankan tugas? Atas jalan bukan main minta laluan, tapi di dalam ambulans berseronok buat story dengan kapsyen ‘berlumba’,” soal netizen yang membuat hantaran tersebut di grub Facebook.
Menerusi video berasingan berdurasi 33 saat, petugas wanita itu kemudian terus merakam keadaan di dalam ambulans dengan seorang pesakit warga emas sedang terbaring.
Jelas kelihatan pesakit itu dalam keadaan tenat, sebaliknya petugas itu tersenyum dan trus merakam dirinya sendiri.
Lebih mengejutkan, di akhir video tersebut, wanita itu sempat menunjukkan aksi seperti memberikan ciuman dan menjelir lidahnya.

Bagaimanapun tidak dinyatakan bila dan lokasi rakaman tersebut dilakukan.
Dua rakaman itu menimbulkan kebimbangan individu yang memuat naik video tersebut mengenai persepsi masyarakat terhadap petugas kesihatan.
“Aku risau lepas ni, orang awam dah tak nak bagi laluan dah kat ambulans lagi disebabkan benda-benda macam ni. Renungkanlah,” katanya lagi.
Sementara itu, di ruangan komen, netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian video yang mengejutkan mereka.