TerasMalaysia

Pewangi cecair ini boleh buat dashboard kereta rosak, ini puncanya

Pewangi cecair ini boleh buat dashboard kereta rosak, ini puncanya. Bagi sesiapa yang memiliki kereta, sudah pasti kita akan menjaganya sebaik mungkin bukan?

Antaranya kita akan mencuci kereta di car wash setiap minggu, mewangikan kereta dan banyak lagi supaya kereta kita kelihatan kemas dan cantik.

Namun, baru-baru ini tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan dashboard kereta rosak akibat pewangi cecair telah mencuri tumpuan.

Dashboard rosak dan merekah sebab pewangi cecair

Pewangi cecair ini boleh buat dashboard kereta rosak ini puncanya

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang individu telah berkongsi keadaan keretanya yang rosak melalui akaun Twitter.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dashboard keretanya dilihat merekah. Hal itu disebabkan dia menggunakan pewangi jenis cecair dan apabila cecair itu tak sengaja tumpah, ia akan merosakkan plastik yang ada.

“Baru je jadi, aku sangkut pewangi tu hampeh betul. Dah lah kereta baru setahun, dah ada luka-luka” – Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 2M views, 3K retweets, 4K likes di Twitter, rata-rata netizen turut bersetuju dan berkongsi alternatif pewangi lain.

BACA:
Tetamu terkejut bila dipaksa bayar RM109 oleh tuan rumah lepas hadir majlis makan malam yang dianjur
Bengang selalu dapat ‘bad review dari influencer’, pemilik kedai sanggup ludah makanan bagi pelanggan
Berang suami kerap mengaku duda dan tukar nama, wanita upload gambar dalam facebook tanda amaran

Leave a Comment