Pihak berkuasa Arab Saudi tahan 17,000 jemaah haji, menganjur haji palsu dan langgar peraturan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pihak berkuasa Arab Saudi tahan 17,000 jemaah haji, menganjur haji palsu dan langgar peraturan

Agensi Akhbar Saudi melaporkan bahawa Pengarah Keselamatan Awam dan Ketua Jawatankuasa Keselamatan Haji, Leftenan Jeneral Mohammed Al-Bassami, berkata seramai 17,615 orang telah ditangkap, termasuk 9,509 yang melanggar peraturan mengenai kediaman, kerja dan keselamatan sempadan, dan penganjur haji palsu.

“Semuanya sudah diserahkan kepada pihak berkuasa,” kata Al-Bassami seperti dilansir Saudi Press Agency dan dikutip Arab News.

Tambahnya lagi, terdapat 202,695 orang yang tidak mempunyai permit haji telah dihantar pulang dan 128,999 kenderaan yang tidak mempunyai permit untuk memasuki Makkah dan tapak suci itu juga diminta pulang.

Al-Bassami berkata, 33 orang yang membawa jemaah haji yang tidak mempunyai permit haji telah ditangkap dan dirujuk kepada jawatankuasa pentadbiran di bawah Direktorat Am Pasport di pintu masuk ke Mekah.

Tahun ini, lebih 2.5 juta umat Islam datang ke Mekah, Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji, selaras dengan penghapusan sekatan berkaitan wabak yang berkuat kuasa sejak 2020.

Baca : 
Ustaz ralit ‘scroll’ dan layan video lucah masa tengah jaga murid ambil ujian peperiksaan
Terjerut dan mati sebelum diqurban, ini penjelasan dan cara yang betul tentang penyembelihan haiwan

Leave a Comment