TerasMalaysia

Pihak sekolah terkejut dapat tahu daging label halal sebenarnya haram, hidangan dimakan semua murid

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pihak sekolah terkejut dapat tahu daging label halal sebenarnya haram, hidangan dimakan semua murid

Sebuah sekolah rendah Wakefield yang majoriti muridnya beragama Islam mengakui terkhilaf bahawa pihaknya telah menyediakan makan malam yang tidak halal kepada murid-murid sekolah tersebut biarpun ia dilabel sebagai halal.

Dalam edaran surat kepada ibu bapa pada 04 Julai baru-baru ini, Akademi Rendah Outwood memohon maaf atas kesilapan tersebut dan menyatakan bahawa pihaknya sedang memperbetulkan proses yang sepatutnya supaya kejadian yang sama tidak berulang.

Lapor sebuah portal antarabangsa yang memperoleh maklumat daripada sumber tempatan, kesilapan tersebut terbongkar susulan siasatan dalaman yang dijalankan pada 29 Jun lalu.

Siasatan tersebut mendapati, daging yang dibekalkan oleh sekolah tersebut dan dihidangkan kepada kesemua pelajar adalah tidak halal.

Pengetua sekolah tersebut, Martin Fenton berkata, “Namun begitu, saya mendapat perhatian minggu lalu bahawa ada daging yang pernah kami hidangkan sebelum ini adalah tidak halal walaupun terdapat menu yang mengatakan ia halal.”

“Sebaik sahaja kami menyedari perkara ini, kami segera membuat perubahan kepada proses pesanan kami supaya mulai dari itu kami telah membetulkannya dan dapat memastikan bahawa kesemua daging yang kami hidangkan adalah halal.”

“Mulai 1 September, pelbagai proses akan diperkukuh di mana syarikat katering luar akan mengambil alih operasi. Mereka merupakan pakar dalam bidang dan akan memberikan jaminan penuh bahawa hidangan yang dihidangkan memenuhi keperluan penting ini,” kata beliau.

Sumber

Baca : “Papa tak dapat bagi apa-apa” – Lelaki dakwa anak Mona Fandey kongsi detik berjumpa bapa dalam penjara

Leave a Comment