Pihak tak bertanggungjawab buat perangai, selamba buat kebun dekat laluan joging awam, siap letak pagar tak bagi lalu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Pihak tak bertanggungjawab buat perangai, selamba buat kebun dekat laluan joging awam, siap letak pagar tak bagi lalu.

KERAJAAN sebelum ini menggalakkan pertanian bandar dilaksanakan dengan memanfaatkan tanah-tanah kosong dan terbiar.

Disebabkan itu, ramai yang mengambil peluang memanfaatkan kawasan-kawasan tersebut dengan mendapatkan kebenaran daripada pihak bertanggungjawab termasuk majlis daerah masing-masing.

Namun situasi berbeza dialami penduduk Indera Sempurna, Kuantan, Pahang apabila trek laluan joging yang sering digunakan dipagar oleh individu tidak bertanggungjawab.

Melihatkan gambar tular yang dikongsikan, kawasan tersebut ‘ditutup’ kerana telah dijadikan kebun oleh individu tersebut.

Malah terdapat binaan pondok yang diletakkan di kiri dan kanan laluan berkenaan.

Pihak tak bertanggungjawab buat perangai, selamba buat kebun dekat laluan joging awam, siap letak pagar tak bagi lalu

Menerusi hantaran yang dibuat, pelayar Facebook meluahkan rasa tidak puas hati apabila laluan awam tersebut dijadikan hak individu.

“Laluan joging dipagar, buat macam tanah sendiri,” luahnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya meminta supaya aduan dibuat kepada pihak majlis daerah supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Muat turun i-Tegur dan buat laporan pada PBT (pihak berkuasa tempatan) guna aplikasi tu.

“#MajlisBandarayaKuantan ada orang curi tanah ni buat kebun.

“#majlisbandarrayakuantan jalankan kewajipan pergi cabut pokok-pokok dia tu… Dia bawa perangai anak beranak Israel datang sini,” ujar beberapa warga maya lagi.

Tidak kurang juga yang meninggalkan komen mencuit hati dengan mengatakan ia untuk penjoging yang advance.

Ada yang membuat suntingn pada gambar tersebut dengan meletakkan tangga.

“Dia suruh lompat tu… halangan berpagar, jangan ada halangan beranjing saja.

“Kalau ada anjing, kira larian pecut,” tambah beberapa warga maya.

Pun begitu, salah seorang pelayar mendedahkan perumahan fasa tersebut mempunyai beberapa isu berkaitan hak awam yang dijadikan harta persendirian.

“Tak pelik, memang tempat tu tak boleh nak joging pun sebab apa? Sebab tasik tu pun dah jadi hak persendirian punya… dah dijadikan kolam memancing berbayar.

“Orang dalam fasa ni pun terpaksa joging kat tasik lain pula sedangkan ada tempat rekreasi sendiri yang orang sini pun tak boleh guna,” jelasnya.

Malah katanya, lebih mengejutkan apabila wujud palang menggunakan sistem RFID sedangkan fasa-fasa lain tidak melakukannya.

“Fasa ni ada ‘pak menteri’ duduk dalam tu agaknya…. tu yang buat sistem palang RFID konon dah tahap kondo.

“Bukan ada dalam perjanjian jual beli pun, kena b***h begitu saja. Laluan keluar masuk bukan main berpalang RFID ada pondok jaga, keliling lompong juga… orang boleh langkah longkang kalau nak masuk,” tambahnya lagi.

BACA:
Lelaki cerita kenangan lama, pernah berborak dengan Arwah Mona Fendi sebelum ditangkap polis kes kerat 18
Tak sangka disebalik kejayaan Mr. Bean sebenarnya ada kisah sedih yang mungkin ramai tak tahu
Lelaki terpaksa mendapatkan rawatan doktor selepas kemaluan tegang selama 3 hari

Leave a Comment