Platform carian pengasuh bayi pun dah tak selamat, jadi tempat bapa cuci mata dan komen lucah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Platform carian pengasuh bayi pun dah tak selamat, jadi tempat bapa cuci mata dan komen lucah

Baru-baru ini tular di Twitter satu pendedahan mengenai platform carian pengasuh bayi yang dieksploitasi oleh lelaki miang sebagai tempat ‘mencuci mata’.

Kaunselor laktasi bertauliah, Nurun Nadia Masrom, 37, meluahkan kekecewaannya kerana wanita-wanita muda itu hanya mahu mencari pendapatan sampingan tetapi diambil kesempatan sebegitu.

“Kesian perempuan muda zaman sekarang. Nak berdikari pun susah. Jadi pengasuh muda berisiko dapat gangguan dari lelaki miang bergelar ayah. Semua benda nak dibuat lawak.

“Gambar asal dekat post tak hide muka pengasuh ni langsung. Kalau itu anak kau macam mana agaknya rasa?

“Kalau kita gantikan gambar wanita dalam senarai pengasuh ni dengan gambar anak perempuan tuan macam mana agaknya reaction,” kata Nadia.

Disertakan bersama ciapan itu adalah beberapa tangkap layar ruangan komen di Facebook memaparkan beberapa akaun berjantina lelaki sedang berbual topik berbaur lucah.

Platform carian pengasuh bayi yang beroperasi secara dalam talian itu mempunyai satu ciri yang membenarkan ibu bapa untuk membuat panggilan video terus kepada pengasuh bagi memudahkan mereka membuat pemilihan.

Dalam satu hantaran berasingan, seorang bapa juga dilihat cuba menjadi ‘gatal’ dengan seorang wanita yang sedang menyelenggara sistem penapis air di rumahnya.

“Hari ni ada wanita penapis air datang rumah. Lebih kurang sama rupa dia macam dalam list cari pengasuh dekat website hari tu.

“Siap main cak-cak dengan anak. Haish untung la anak aku ini. Papa dulu dapat pengasuh dengan makcik-makcik dan nenek-nenek je,” kata lelaki itu dalam hantarannya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berasa jijik dengan lelaki bergelar bapa yang masih tidak tahu menghormati wanita.

Baca : Muka seakan Mona Fendi muncul dalam gambar swafoto tiga rakan ini, ramai yang meremang tengok

Leave a Comment