PM Batalkan Sambutan Tahun Baru 2023

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

PM Batalkan Sambutan Tahun Baru 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim batalkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka pada 31 Dis ini.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini mengambil kira situasi semasa yang melanda negara.

“Oleh kerana keadaan banjir dan kesusahan rakyat, kita putuskan supaya sambutan besar-besaran ambang tahun baharu pada 31 Disember di Dataran Merdeka, dibatalkan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri di Perdana Putra di sini.

Hadir sama dalam sidang media itu, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, mesyuarat Jemaah Menteri turut mendengar pembentangan laporan daripada Ahmad Zahid yang telah memantau dan mengambil beberapa tindakan segera keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu.

“Pandangan juga telah dikemukakan untuk melibatkan badan sukarela dan badan bukan kerajaan (NGO) dari segi bantuan dan penglibatan yang lebih besar daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta beberapa kemudahan sedia ada akan dimanfaatkan untuk maksud itu.

“Saya akan ke Kelantan (petang ini) dan pengumuman (berkaitan) banjir akan diumumkan di sana setelah mendengar pandangan di lapangan dan Kerajaan Negeri,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan kini boleh menumpukan soal kerja dan menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat kerana mandat diberikan jelas setelah menerima sokongan majoriti Ahli Parlimen terhadapnya sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Saya ucap terima kasih kepada Fadillah kerana usul beliau diterima baik hampir sebulat suara. Walaupun ada pengundian, tetapi undi dua pertiga itu terjamin. Saya ambil kesempatan ucap terima kasih kepada semua parti dalam Kerajaan Perpaduan dan dalam kes ini tiada bantahan dalam pihak pembangkang.

“Mandat besar ini kita tumpu perhatian sepenuhnya untuk menjamin tata kelola pemerintahan dan urus tadbir yang lebih berkesan utk manfaat kebajikan rakyat dan negara,” katanya.

Banjir : Solat Hajat Akan Diadakan Di Tiga Masjid Utama

Leave a Comment