PM Menegaskan Perutusan Tahun Baru Ditujukan Kepada Semua Masyarakat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

PM Menegaskan Perutusan Tahun Baru Ditujukan Kepada Semua Masyarakat

“Walaupun perutusan sempena tahun baharu 2023 dibuatnya dari mimbar Masjid Putra, namun ia bukan hanya memberi peringatan kepada umat Islam semata-mata,” tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, perutusan itu turut ditujukan kepada masyarakat bukan Islam di negara ini.

Beliau berkata, negara ketika ini berdepan dengan isu perkauman sempit dan fahaman agama yang pantas menghukum tanpa berlandaskan kepada fakta.

“Saya tidak perlu memohon maaf kerana berbicara satu mesej untuk negara dari masjid.

“Mesej ini adalah kepada orang Islam dan bukan Islam,” katanya ketika menyampaikan perutusan Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, di sini, malam ini.

Perdana Menteri malam ini menghadiri program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 yang diadakan di Masjid Putra di sini.

Beliau yang tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 6.20 petang tadi, turut solat maghrib dan isyak berjemaah dengan kira-kira 2,000 jemaah di Dewan Solat Utama Masjid Putra.

Turut menghadiri program pada malam terakhir 2022 itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar.

Suami Jadi ‘Kerusi’ Untuk Mudahkan Si Isteri Solat.

Leave a Comment