TerasMalaysia

PM Tegaskan Kuasa Diberikan Untuk Manfaat Rakyat, Bukan Kayakan Keluarga Mahupun Kroni

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan untuk menggunakan kuasanya demi kepentingan rakyat, bukan bersandarkan atas kepentingan keluarga mahupun kroni.

Pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, Anwar berkata negara ini memerlukan perubahan dari pelbagai aspek.

Menurut beliau, perkara ini disebabkan tahap pencapaian yang pernah dicapai oleh negara kita pada masa dahulu telah mengalami kemerosotan.

Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, kemerosotan tersebut berlaku baik dari segi ekonomi, kestabilan mahupun disiplinnya.

“Sudah tentu, satu negara tahu mengenai pelanggaran hukum, termasuk isu-isu penyelewengan dan rasuah. Kadang-kadang, ia ada juga kaitan dengan kelemahan kepimpinan dan pada peringkat penjawat awam.

“Saya ingin nyatakan bahawa kehidupan saya ini sangat bergelora, pasang surutnya. Akan tetapi, satu hal yang saya paling konsisiten adalah untuk menggunakan kuasa bagi memanfaatkan rakyat terbanyak. Bukan untuk memperkayakan dua tiga kerat keluarga atau kroni,” katanya.

Beliau turut mengimbas semula pengalaman beliau semasa memegang portfolio Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

Ketika memegang portfolio tersebut, beliau melarang keras untuk memberikan kepentingan dalam apa-apa urusan projek kerajaan kepada keluarga mahupun rakan-rakan terdekat.

Selain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan bahawa kerosakan negara ini bukan disebabkan oleh perkhidmatan awamnya, tetapi kegoyahan pada kepimpinan peringkat tertinggi.

Terdahulu, dalam perjumpaan yang sama, beliau turut menegaskan bahawa tiada lagi kelulusan perolehan tanpa tender selepas ini dan negara tidak boleh terus mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah berlaku.

Leave a Comment