TerasMalaysia

Polis beri nasihat tentang taktik baru penyamun yang menggunakan lampu ‘handphone’ sebagai perangkap dibahu lebuhraya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Polis beri nasihat tentang taktik baru penyamun yang menggunakan lampu ‘handphone’ sebagai perangkap dibahu lebuhraya. “Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan mesej berita palsu yang boleh mendatangkan ketakutan dan kegusaran pada masyarakat,” tegas Setiausaha Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin.

Tambah beliau lagi, mana-mana pihak yang menyebarkan mesej atau berita palsu boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang dikuat kuasa.

Kenyataan tersebut dibuat selepas timbul dakwaan mengenai satu taktik baharu dalam jenayah samun di jalan raya.

Pihak polis dilaporkan telah mengesan penyebaran mesej yang mendakwa penyamun akan meletakkan telefon dalam keadaan lampu menyala bagi menarik perhatian mangsa supaya berhenti di atas bahu jalan. Mana-mana mangsa yang berhenti kemudiannya akan disamun.

Memetik laporan wartawan Nuraina Hanis Abd. Halim dari Utusan Malaysia, setakat ini, pihak polis mengesahkan masih tidak menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan seperti itu.

Polis beri nasihat tentang taktik baru penyamun yang menggunakan lampu ‘handphone’ sebagai perangkap dibahu lebuhraya

“PDRM mengesahkan bahawa tiada laporan polis berkaitan modus operandi tersebut,” jelas Datuk Noorsiah.

Apa-apa pun, berhati-hatilah di jalan raya.

BACA:

Derhaka Kerana Seorang Perempuan, Ibu Dibuat Seperti Orang Luar – “Ibu Tu Dah Tua, Otak Dia Dah Benak”

Lelaki Terselamat Dari Runtuhan Gempa Selama 4 Hari Hanya Berbekalkan Air Kencing Sendiri

Kumpul Duit Syiling Dalam ‘Tongdrum’ Selama 5 Tahun, Ini Jumlahnya Selepas Dikira

Leave a Comment