TerasMalaysia

Polis trafik tidur berdiri semasa bertugas di atas jalan raya buat netizen risau

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Polis trafik tidur berdiri semasa bertugas di atas jalan raya buat netizen risau

Baru-baru ini telah tular sebuah video di media sosial, yang memaparkan seorang anggota polis trafik yang dipercayai mengantuk ketika menjalankan tugas telah menjadi perbualan netizen.

Dalam video itu, anggota berkenaan kelihatan terhuyung-hayang ketika berdiri di atas jalan raya, sekali gus menimbulkan kerisauan orang ramai.

Video yang dimuat naik itu juga menunjukkan invidividu yang merakam turut cuba untuk memanggil anggota polis berkenaan agar dia terjaga dari tidur namun tidak berjaya.

Walaubagaimanapun, kelihatan anggota tersebut masih lagi tidur dalam keadaan ber diri sambil menundukkan kepalanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang terhadap anggota terbabit kerana keadaannya yang sedang berdiri semasa tidur ada kemungkinan bahawa anggota itu boleh rebah ke jalan raya dan dilanggar kereta lain.

Susulan kejadian itu, Pihak Polis DiRaja Malaysia Daerah Kuching telah mengambil maklumat tentang insiden berkenaan yang dipercayai berlaku di Bulatan Uplands, Kuching, Sarawak pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, sebuah video berdurasi 14 saat telah dikesan pada 13 Februari yang telah dimuat naik ke media sosial memaparkan seorang anggota trafik yang kelihatan mengantuk ketika menjalankan tugas.

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesian dengan situasi yang harus dihadapi oleh anggota tersebut. Ada juga yang meminta pihak PDRM untuk memantau kesihatan anggota mereka.

Sumber

Baca : Ini sebabnya kenapa produk IKEA nama berbelit lidah, ada kena mengena dengan owner rupanya

Leave a Comment