‘Port’ ponteng puasa pandu lalu lengkap dengan CCTV diserbu pihak berkuasa

‘Port’ ponteng puasa pandu lalu lengkap dengan CCTV diserbu pihak berkuasa

Warung dalam kampung berhampiran sawah padi yang menjadi ‘port’ kaki ponteng puasa diserbu pegawai Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP).

Hasil pemantauan mendapati, warung yang terletak di Kampung Paya Stesen, di sini itu turut dilengkapi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di luar untuk memantau pihak berkuasa.

Pemeriksaan di dapur pula turut menemui pelbagai jenis lauk yang masih panas serta dua periuk nasi dengan satu daripadanya sudah habis.

Namun kehadiran pihak berkuasa ke warung terbabit berjaya dihidu geng kaki ponteng puasa dan peniaga warung terbabit yang sempat melarikan sebelum penguat kuasa tiba, 11.20 pagi.

Turut ditemui, bungkusan mengandungi minuman sejuk dalam tong ais yang dipercayai untuk kaki ponteng puasa yang dijual secara pandu lalu.

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh berkata, operasi Op Bersepadu Ramadan hari ini dilakukan di Sintok, Kampung Paya Stesen, Pekan Kodiang dan Taman Bersatu.

“Operasi turut disertai Bahagian Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) serta Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu yang keseluruhannya seramai 28 orang.

“Operasi bermula jam 10 pagi hingga 12.30 tengah hari tadi,” katanya ketika ditemui.

Turut serta dalam operasi itu, Pengarah Jabatan Penguat kuasaan MPKP, Wan Mohd Helmy Wan Daud.

Muhammad Suhaimi berkata, taktik yang dilakukan kaki ponteng puasa ini masih sama malah ada yang sanggup membeli makanan di kedai makan bukan Islam.

“Sekiranya mereka ditahan kerana tidak berpuasa, kita akan siasat kes mengikut Seksyen 14 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Baca : Ratu cantik buat aksi macam ‘mat rempit’ sebab lambat nak ke hotel, siap bawa pembonceng lagi

Leave a Comment