TerasMalaysia

Memang rare! Warganegara Jepun daki Gunung Kinabalu dengan berpakaian suit pejabat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Memang rare! Warganegara Jepun daki Gunung Kinabalu dengan berpakaian suit pejabat

Seorang warganegara Jepun, Sada Nobutaka, mendaki Gunung Kinabalu pada Rabu baru-baru ini dengan mengenakan pakaian suit pejabat lengkap dengan kasut kulit seperti dia akan pergi ke mesyuarat di atas puncak.

Video yang tular di media sosial, lelaki Jepun itu menerangkan tujuannya memakai suit ketika mendaki Gunung Kinabalu. Dia bergurau sambil berkata bahawa beliau mempunyai mesyuarat di atas puncak gunung.

Keunikan lelaki Jepun ini malah menjadi perhatian warga penduduk sehingga ramai yang turut kongsikan di media sosial dan menjadi viral dengan pantas.

Walaupun beliau tidak memakai pakaian biasa yang digunakan oleh pendaki gunung seperti baju sejuk dan kasut hiking, namun beliau berjaya menamatkan pendakian tersebut dengan selamat.

Difahamkan, Lelaki yang dikenali Nobutaka Sada itu merupakan wakil pengarah dan presiden jenama pakaian lelaki Jepun, dia melakukan pelbagai promosi yang agresif dalam memasarkan jenamanya.

Dalam satu hantaran di Facebook, Sada berkata dia dapat menikmati pemandangan indah semasa sampai di puncak itu.

Rata-rata netizen tidak dapat mempercayai apabila Sada memaklumkan dia mendaki Gunung Kinabalu dengan sut yang dipakainya.

Mereka turut mengambil video Sada semasa bertembung dengannya dan memuat naik di laman TikTok.

Dalam video tersebut, Sada sempat bergurau dengan menyatakan dia baru sahaja selepas bermesyuarat di puncak itu.

Dia kemudiannya meluru untuk turun ke bawah sehingga pelancong itu terkejut dengan tindakan yang ditunjukkan olehnya.

Sumber

Baca : Rosmah bengang dengan photographer, ambil gambar bukan main, hasil tak memberangsangkan

Leave a Comment