TerasMalaysia

PRU Kalah Teruk, Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Pejuang

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai pengerusi Pejuang selepas kalah teruk pada PRU lepas.

Aktivis keselamatan jalan raya, Lando Zawawi, yang juga merupakan calon Pejuang di Tanjong Karang pada pilihan raya umum ke-15, mengesahkan perkara itu.

“(Memang) betul. Dia beritahu kami Rabu lepas,” katanya.

BACA: Menakutkan, Tular Video Kawasan Tanah Runtuh

Ketika ditanya sebab peletakan jawatan ahli politik veteran berusia 97 tahun itu, Lando memberitahu dia tidak tahu mengenai sebab-sebabnya.

“Kami tidak tanya. Kami menghormati keputusannya,” tambahnya.

Pejuang mencatatkan prestasi terburuk pada PRU lalu apabila seramai 67 calon yang dipertaruhkannya hilang wang deposit mereka, termasuklah Mahathir dan anaknya Mukhriz.

Bekas perdana menteri itu mengalami kekalahan teruk di Langkawi dengan menduduki tempat keempat dalam pertandingan lima penjuru.

Mukhriz turut mengalami nasib yang sama, apabila tewas di Jerlun – kerusi yang disandangnya sejak 2018, selepas PN memenangi kerusi itu dengan majoriti 20,456 undi pada 19 Nov lalu.

PRU Kalah Teruk, Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Pejuang

Ini adalah kali kedua Pejuang kehilangan semua depositnya sejak pilihan raya negeri Johor yang diadakan pada Mac. Pada masa itu, parti itu meletakkan seramai 42 calon untuk bertanding di kerusi DUN Johor.

PRU15 juga menyaksikan kesemua 33 calon DUN Pejuang kehilangan wang deposit mereka.

Secara keseluruhan parti itu tewas di 100 kerusi dan hilang wang deposit.

Rakan dalam Gabungan Tanah Air (GTA) – Berjasa, Putra dan Iman – juga menyaksikan semua calon parlimen dan negeri hilang wang deposit mereka.

Berhubung peletakan jawatan Mahathir, wakil daripada parti itu berkata Pejuang akan membuat kenyataan rasmi mengenai perkara itu tidak lama lagi.

Penganalisis berpendapat kehadiran Pejuang dalam landskap politik kini sebagai tidak relevan dengan kebangkitan PN yang kini membawa naratif politik Melayu-Islam.

PN memenangi 74 kerusi secara keseluruhan, sekali gus menunjukkan kemerosotan sokongan orang Melayu kepada Umno dan BN.

PRU lalu juga menunjukkan peralihan sokongan pengundi kepada PAS dan Bersatu.

Leave a Comment