TerasMalaysia

Punca Kematian Kanak-Kanak Kes Dera Didedahkan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Punca Kematian Kanak-Kanak Kes Dera Didedahkan

Punca kematian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai didera di Senggarang, Batu Pahat, akibat hentakan objek tumpul di kepala. Perkara tersebut telah disahkan oleh polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata punca kematian itu diperoleh hasil bedah siasat mayat mangsa semalam di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

“Hasil bedah siasat yang dibuat secara teliti dan didapati bahawa punca kematian mungkin hentakan benda keras di kepalanya.

“Selain itu, terdapat kesan calar-calar dan gigitan yang ditemui pihak doktor. Bagaimanapun, kita akan menunggu laporan penuh hasil bedah siasat,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Gambar sekadar hiasan

Kamarul Zaman berkata, hingga kini seramai 10 individu sudah dipanggil bagi dirakam percakapan bagi membantu siasatan termasuk beberapa ahli keluarga.

“Kita merakam percakapan ahli keluarga dan beberapa saksi yang kita yakin dapat membantu siasatan dan akan ada lagi individu yang dipanggil untuk dirakam percakapan,” katanya.

Beliau berkata, lima suspek termasuk kakak dan abang ipar mangsa yang sebelum ini ditahan reman sehingga Sabtu ini, akan disambung reman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada Isnin, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas tiga hari dirujuk ke HSI akibat pengsan di rumahnya dekat Senggarang, Batu Pahat.

Hasil siasatan awal polis mendapati kematian kanak-kanak itu dipercayai akibat didera dengan terdapat pelbagai kesan kecederaan baru dan lama di seluruh tubuh badannya.

Antara kecederaan yang dapat dilihat adalah kesan cucuhan api atau benda panas di seluruh badan mangsa, termasuk di kemaluan dan digigit di telinga.

Pemilik Terkejut Jumpa ‘Barang’ Pelik Dalam Sampul Surat

Leave a Comment