TerasMalaysia

Punca-punca ini akan terjadi sekiranya ibu bapa hantar anak umur 7-10 tahun ke asrama tahfiz, dedah individu ini

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Punca-punca ini akan terjadi sekiranya ibu bapa hantar anak umur 7-10 tahun ke asrama tahfiz, dedah individu ini

Kebanyakan orang terbayang kejadian-kejadian yang mengaibkan seperti salah laku penghuni dan tenaga pengajar pusat tahfiz sering mendapat perhatian masyarakat.

Situasi yang sering berlaku itu membuatkan seorang pelayar Twitter dikenali sebagai Aiman Roslan tampil berkongsi pandangannya.

Mengakui turut mempunyai latar belakang sebagai pelajar tahfiz, dia menyatakan rasa hairan kenapa ibu bapa sanggup menghantar anak-anak seawal usia tujuh tahun ke pusat pengajian berasrama tersebut.

“Walaupun aku ada background tahfiz, tapi sampai sekarang aku tak faham kenapa ibu bapa sanggup hantar anak umur tujuh hingga 10 tahun masuk tahfiz asrama.

“Umur macam tu patutnya masih membesar dengan kasih sayang mak ayah, bukan dengan ustaz atau ustazah dan senior,” ciapnya.

Malah dia berpandangan masih terlalu awal untuk membiarkan kanak-kanak semuda itu untuk diajar berdikari dan hidup sendiri.

“Disebabkan itulah banyak kes buli, gangguan seksual dan masalah sosial dalam kalangan pelajar dan guru tahfiz.

“Ramai lepasan tahfiz yang ada trauma dan insecurity (rasa tidak selamat) yang tinggi. Siapa yang pernah merasai akan faham,” tambahnya lagi.

Perkongsiannya itu menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pengguna Twitter sehingga ada yang bertanyakan lebih lanjut tentang usia ideal untuk memasuki sekolah tahfiz.

Susulan itu, dia menyatakan kemasukannya ke tahfiz adalah pilihan sendiri selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Malah katanya, sebelum diterima masuk, dia perlu melalui beberapa ujian.

“Bagi yang bertanya, saya pilih untuk masuk tahfiz selepas PMR. Ada ujian kemasukan tahfiz dan saya berjaya dapat tempat… saya dalam sistem tahfiz daripada umur 16 hingga 17 tahun.

“Alhamdulillah saya dapat habiskan 30 juzuk dalam masa setahun dan enam bulan dan ramai lagi kawan-kawan saya yang habis lebih awal,” coretnya lagi.

Selepas itu, dia meneruskan pengajian akademik dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Alhamdulillah saya dapat keputusan 11A dan menyambung pelajaran dalam jurusan ekonomi di universiti awam tempatan. Sekarang bekerja sebagai pengurus di sektor swasta.

“Doakan saya dapat terus jaga dan amalkan al-Quran yang Tuhan berikan. Ini adalah hadiah dalam masa yang sama tanggungjawab berat untuk kami pikul,” tambahnya lagi.

Ciapan yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakannya mengakui melalui episod sukar seperti yang diperkatakannya.

Tidak kurang juga yang menyatakan mengalami trauma sehingga tidak dapat berkomunikasi baik dengan ibu bapa.

Selain ramai yang berasa kesunyian dan beranggapan seolah-olah tidak disayangi oleh keluarga.

Sumber

Baca : Bibik buat perangai dipecat, kantoi dalam cctv dera bayi berusia 2 tahun, siap buat-buat dodoi lepas pukul

Leave a Comment