TerasMalaysia

Puteri Sarah teruja, tak sabar dilepaskan hari ini – “Merpati putih nak terbang tinggi”

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Puteri Sarah teruja, tak sabar dilepaskan hari ini – “Merpati putih nak terbang tinggi”

Pelakon, Puteri Sarah meluahkan rasa teruja dan tidak sabar diceraikan suaminya, Syamsul Yusof hari ini.

Puteri Sarah berkata, dia mahu hidup tenang dan mencari kehidupan baharu selepas dilepaskan oleh suaminya.

“Saya gembira dan tidak sabar. Saya mahu meneruskan hidup dengan tenang. Harap semua doakan saya. Saya juga berharap Syamsul akan lafazkan cerai.

“Semoga kami dapat meleraikan kemelut ini dengan baik. Tiada lagi pergaduhan atau rasa tidak puas hari. Saya mohon selesaikan semua hari ini.

“Kalau dilepaskan, saya rasa lebih tenang dan seolah-olah kehidupan baharu bermula,” katanya.

@melodiberapi

Puteri Sarah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pagi ini bagi mendengar sebutan lafaz cerai dari suaminya, Pengarah Syamsul Yusof #meloditv3 #ceritaartismalaysia #sensasi #panas #tv3 #syamsulyusof #orangketiga

♬ original sound – Melodi – Melodi

Mahkamah Rendah Syariah akan mendengar prosiding lafaz cerai yang dijadualkan di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada jam 11 pagi ini.

Sementara itu, Puteri Sarah yang tampil berbusana putih tanda kebebasan itu juga mengakui tidak lagi berdepan kemurungan akibat kemelut rumah tangganya.

“Sebelum ini saya hadir ke mahkamah dengan berbaju hitam, tanda kemurungan dan tertekan. Tetapi hari ini saya gembira dan bebas.

“Baju putih ini tanda permulaan hari baharu saya,” katanya.

Sumber

Baca : Pemilik bengang dengan jiran, gara-gara renovate rumah, habis barang orang kena buang

Leave a Comment