TerasMalaysia

Rafizi Tekankan Kerajaan Perlu Masa Untuk Kaji Sebelum Turunkan Harga Minyak, Ini Sebabnya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Rafizi Tekankan Kerajaan Perlu Masa Untuk Kaji Sebelum Turunkan Harga Minyak, Ini Sebabnya

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan bahawa walaupun harga minyak mentah dunia semasa kini menunjukkan trend penurunan, kerajaan pada masa ini memerlukan lebih banyak masa untuk memutuskan sama ada harga runcit bahan api akan di kurangkan.

Kerajaan ketika ini perlu melihat pelbagai faktor termasuk keupayaan kewangan semasa dan peruntukan bagi aktiviti ekonomi yang mempunyai lesen berganda.

“Semua ini memerlukan kita lebih banyak masa untuk mengkaji setiap aspek kerana apabila kita menyertai mana-mana organisasi atau pentadbiran baharu sama ada dalam kerajaan atau syarikat, kita tidak hanya campur tangan dan membuang segala-galanya.

Perlu ambil satu langkah pada satu masa

“Kita ada hala tuju tetapi perlu mengkaji dahulu…adalah bahaya jika semua menteri, selepas 24 jam pertama angkat sumpah mengumumkan ini dan itu.

“Saya fikir kita perlu mengambil satu langkah pada satu masa kerana ini bukan sesuatu seperti menguruskan syarikat sendiri tetapi kita menguruskan ekonomi,” kata Rafizi kepada media.

Rafizi Tekankan Kerajaan Perlu Masa Untuk Kaji Sebelum Turunkan Harga Minyak, Ini Sebabnya

Baca: Pada Pembukaan Ringgit Terus Meningkat Berbanding Dolar AS

Rafizi berkata sedemikian selepas beliau ditanya berkenaan sebarang cadangan atau formula untuk menurunkan harga minyak ketika menghadiri Ceramah Mega Ayuh Malaysia di Padang Serai semalam.

Jelas Rafizi, persoalan itu bukan berkenaan soal formula tetapi soal keadaan ekonomi semasa negara Malaysia.

“Persoalannya harga minyak mentah dunia sekarang sekitar AS$83 ke AS$85 setong dan ada yang beritahu bahawa harga minyak mentah jatuh pada empat, lima bulan lepas mencapai lebih AS$100.

“Jadi bila dah jatuh adakah kita cukup untuk turunkan harga minyak, sudah tentu bagi orang yang faham tentang sektor minyak dia akan tanya soalan itu. Tapi pada masa sama kita juga kena tengok berapa sebenarnya pendapatan yang ada sekarang dan kalau nak ubah harga siling RM 2.05 seliter berapa banyak peruntukan tambahan kena buat,” katanya lagi.

Harga mingguan minyak terkini bagi RON95 dan Diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter. Manakala bagi minyak RON97 pula telah berlaku penurunan iaitu dari RM3.95 kepada RM3.85 penurunan sebanyak 10 sen.

Baca: Elak menjadi mangsa dendam politik Muhyidin & Hadi. Punca BN sertai Kerajaan Perpaduan

Leave a Comment