Rahsia buat sos yang sedap terbongkar, pemilik generasi ketiga restoran dedah tak basuh periuk selama 60 tahun.
Disebabkan tidak membersihkan balang sos sejak lebih setengah abad, sebuah restoran popular di Jepun telah menjadi buah mulut orang ramai kerana didakwa menjual lidi daging babi yang dicelup dalam bekas tersebut.
Pendedahan itu dibuat selepas rancangan televisyen Jepun mendedahkan rahsia kejayaan restoran tersebut, yang mengetengahkan tentang satu balang yang kelihatan betul-betul meragukan.
Periuk tersebut dikatakan agak meragukan kerana ditutupi dengan jisim gelatin dan telah menimbulkan persoalan ramai orang.
Selepas ditanya, pemilik restoran tersebut akhirnya memberitahu jisim gelatin yang berada di sekeliling balang itu merupakan sos yang tumpah dan mengeras selama beberapa dekad yang lalu.
Dia juga mengatakan ia adalah balang sos yang sama digunakan olehnya untuk mencelup makanan jualannya, iaitu lidi daging babi selama 60 tahun yang lalu.

Menurut pemilik generasi ketiga restoran itu, balang tersebut tidak pernah langsung dibersihkan sejak enam dekad lalu, yang kemungkinan menyumbang kepada rasa sos yang ‘kaya’.
Daripada membersihkan balang sos setiap hari selepas ditutup, pekerja memilih untuk menuang lebih banyak sos ke atas sisa periuk tersebut, yang dikatakan mampu menguatkan aromanya.
Meskipun sisa yang terkumpul itu bukanlah pemandangan yang indah atau menyelerakan, namun pemilik restoran mengatakan periuk sos tersebut adalah harta berharga yang boleh dipamerkan.
“Tidak mendatangkan bahaya…”
Dalam rancangan tersebut, persoalan mula timbul tentang potensi bahaya kebersihan dengan hanya menambah sos baharu dalam bekas yang tidak langsung dibersihkan selama beberapa dekad.
Salah seorang pakar memberitahu jika sos itu dipanaskan dengan haba yang cukup lama, bahaya pencemaran bakteria tidak sepatutnya terjadi.
Mereka turut melakukan ekperimen dengan menambahkan air bersih ke dalam periuk yang penuh dengan air hitam sebanyak 365 kali.
Hasil eksperimen itu mendapati kebanyakan air asal tidak wujud pada akhirnya dan ia juga sama seperti periuk sos itu.
Rancangan tersebut menimbulkan kekecohan dalam talian dan rata-rata pelanggan tetap restoran itu mengatakan mereka tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan walaupun makan makanan di restoran itu dengan kerap.
Dalam masa yang sama, ada sesetengahnya mula mendakwa bahawa balang sos yang kelihatan cacat itu kemungkinan akan menimbulkan beberapa kebimbangan mengenai kebersihan yang serius.
Wujud sejak berabad lalu
Restoran itu telah dilaporkan diasaskan pada tahun 1933 oleh datuk pemilik semasa dan balang sos telah wujud sejak zaman awal itu.
Tradisi menambah sos tanpa benar-benar membersihkan bekas telah dihormati oleh ketiga generasi, dan pemilik semasa yakin bahawa ia menyumbang kepada kejayaan perniagaan keluarga.