Konsert Raihan tiba tiba blackout cara penonton hadap masa kejadian buat ramai kagum

Konsert Raihan tiba-tiba ‘blackout’, cara penonton hadap masa kejadian buat ramai kagum

Baru-baru ini, Raihan telah mengadakan konsert berskala besar ‘Garis Masa Raihan’ di Stadium Melawati Shah Alam bersempena 27 tahun penubuhan kumpulan berkenaan.

Kumpulan yang dianggotai oleh Abu Bakar, Che Amran dan Amran Ibrahim itu mendendangkan sebanyak 21 buah lagu ketuhanan popular mereka kepada lebih 3,000 penonton yang hadir pada malam 18 Februari itu.

Pun begitu, ketika mereka mendendangkan sebuah lagu popular mereka iaitu Iman Mutiara bagi menutup acara konsert berkenaan, tiba-tiba persembahan itu terhenti dek kerana kawasan stadium black out.

Namun lebih tersentuh adalah para penonton tetap meneruskan nyanyian dan membuka lampu flashlight handphone seolah-olah ‘menghidupkan’ konsert itu dalam kegelapan.

Selepas hadirin penonton menjadi ‘backup singer‘ untuk beberapa detik, bekalan elektrik yang terputus kembali pulih dan ketiga-tiga penyanyi di atas pentas menyempurnakan lagu tersebut dengan penuh gemilang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tersentuh melihat perkara tersebut apatah lagi ketika penonton beramai-ramai menyempurnakan lagi berkenaan.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar Raihan boleh membuat tour di seluruh Malaysia untuk mengubati rasa rindu peminat terhadap kumpulan nasyid berkenaan.

Sumber

Baca : Fenomena yang pelik berlaku lagi di padang pasir! Kali ni jadi padang yang penuh dengan bunga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *