Rakan sekerja kantoi berduaan dalam rumah dengan isteri masa suami pergi kerja

Rakan sekerja kantoi berduaan dalam rumah dengan isteri masa suami pergi kerja

Terdapat satu kejadian dimana seorang wanita ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki di rumahnya di Semabok, Melaka pada awal pagi semalam ketika suaminya keluar mencari rezeki.

Wanita berusia 29 tahun itu dicekup berkhalwat bersama seorang lelaki yang merupakan kawan baik suaminya berusia 61 tahun pada jam 1.05 pagi dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat.

Wanita tersebut mengaku bahawa suaminya yang berusia 38 tahun tiada di rumah dan pergi bekerja sebagai pengawal keselamatan ketika ditanya penguatkuasa yang bertugas.

Lelaki itu dikatakan sudah 6 bulan tinggal di rumahnya selepas mendapat kerja di syarikat yang sama suami wanita berkenaan sedang bekerja. Walau tiada apa-apa yang berlaku, kalau ikut hukum duduk serumah yang bukan mahram tetap salah!

Pasangan warga tempatan itu ditahan bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman hingga mendatangkan syak.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

Baca : Patutlah boleh masuk Malaysia Book of Records, ini cara Bulan Bintang buat, Cecah RM2 juta modal

Leave a Comment