Ramai ‘DM’ Ryan Bakery di Instagram isu video pekerja kaunter klinik yang ‘kerek’, tuan badan tampil beri penjelasan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ramai ‘DM’ Ryan Bakery di Instagram isu video pekerja kaunter klinik yang ‘kerek’, tuan badan tampil beri penjelasan

Baru-baru ini, Ryan memuat naik sebuah video mengenai ragam petugas kesihatan yang menjaga kaunter pendaftaran di klinik. Video tersebut telah meraih lebih tujuh juta tontonan di aplikasi TikTok.

Bagaimanapun, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmmi Bakery mendedahkan ada segelintir pihak yang kurang senang dengan video terbabit.

Ryan menjelaskan video berkenaan merupakan pengalaman yang pernah dilalui dalam hidupnya dan tiada niat untuk menghentam mana-mana pihak.

Ryan memaklumkan ramai yang memarahinya memuat naik konten sebegitu sehingga ada yang DM menegurnya.

“Saya rasa, mungkin mereka dari kalangan yang terasa. Memang dari dahulu lagi saya selalu membuat video tentang ragam masyarakat.

“Bila saya buat video tersebut, bukan bermakna saya nak hentam sektor kesihatan. Habis tu, kalau saya buat konten mengenai peniaga, itu bermakna saya jatuhkan peniaga juga ke? Tidak,” katanya.

“Bila ada yang DM dan menegur saya mengenai video kaunter itu, saya muat naik satu Instagram Story dan terangkan semula kepada mereka secara baik.

Jelasnya, video tersebut merupakan pengalamannya berjumpa dengan orang dan hanya dijadikan konten sebagai hiburan sahaja tanpa menyerang mana-mana pihak.

“Konten ini ada pelbagai jenis. Mungkin nanti kita buat fasal polis yang jaga roadblock pula,” ujarnya.

Sumber

Baca : “Cepat dapat pengganti?” –  Diana Danielle ‘upload’ gambar sambil pegang tangan seseorang

Leave a Comment