Ramai kagum dengan cara anak ini, sanggup tunggu abang angkat sampah sebab nak ucap terima kasih

Ramai kagum dengan cara anak ini, sanggup tunggu abang angkat sampah sebab nak ucap terima kasih

Anak-anak yang menjadi manusia luar biasa ketika meniti usia dewasa tidak dilahirkan dengan sendirinya. Mereka lahir, dibesar dan diberi didikan oleh ibu bapa yang hebat.

Ini membawa maksud, ibu bapa bertanggungjawab mewarna dan mencorakkan anak-anak untuk menjadi yang terbaik atau sebaliknya.

Di TikTok seorang ibu menerima pujian warganet kerana mendidik anak menjadi insan yang sangat menghormati orang lain walau apa status sekalipun.

Perkongsian video yang memaparkan dua adik beradik ini yang begitu menghormati abang lori sampah mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata memuji sikap si cilik itu. Memang patut dicontohi dan kita yang dewasa pun perlu menghormati setiap pekerjaan orang lain.

@ejahrahim

Dia kata “kerja angkat sampah baik. Kasih sayang.” Terima kasih ‘abang lori sampah’ melayan kerenah anak kami. ❤️✨

♬ It’ll Be Okay – Rachel Grae
@ejahrahim

Reply to @syakinah434 Amin aminn yrb. MashaAllah. Sebak saya baca komen sis. Semoga doa sis diperkenankan dan yang baik baik juga buat sis. ❤️

♬ original sound – Eyja – Ejah

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh ibu bernama Eyja Rahim itu, dia menjelaskan anak lelakinya sangat menyukai lori sampah dan membuatkan mereka sanggup menunggu kepulangan ‘abang’ lori sampah di kawasan pembuangan sampah.

Jelas kelihatan dalam video itu, anaknya berlari ke arah abang lori sampah tersebut dan kegembiraan kanak-kanak itu dapat dilihat apabila mereka bergambar bersama.

“Dia kata “kerja angkat sampah baik. Kasih sayang.” Terima kasih ‘abang lori sampah’ melayan kerenah anak kami,” ujar ibu itu di ruangan kapsyen.

“Hebat didikan mak ayahnya..” – Netizen

Sumber

Baca : Selamba makan hati ayam mentah-mentah, orang ramai syak perempuan ini ada ‘sesuatu’

Leave a Comment