Ramai risau tengok trend baru yang viral sekarang, air berkarbonat campur susu pekat
Rakyat Malaysia jika dengar sahaja makanan viral pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencubanya. Lihat sahaja bagaimana Bukit Bintang dibanjiri ramai orang beratur untuk pelbagai makanan viral sepertu kunafa, aiskrim, shawarma dan banyak lagi.
Terbaharu, sebuah video TikTok yang dikongsikan kembali di media sosial telah menjadi bualan ramai. Video tersebut memaparkan seorang peniaga menyediakan minuman air berkarbonat dicampur dengan susu pekat.
Dapat dilihat, susu pekat yang digunakan juga agak banyak dan air berkarbonat campuran tersebut dikatakan menjadi trend terkini dalam kalangan masyarakat.
Susulan penularan video itu, ia meraih perhatian orang ramai dan mengundang kerisauan netizen kerana kandungan gula dalam minuman tersebut dilihat berlebihan.
Janganlah kome tibai benda² manis gila ni. Semenjak aku jaga arwah bapak aku, tengok pesakit kencing manis terseksa rasa kesian doh.
Makan ubat dapat kesan sampingan. Tak makan sakit melarat. Hari² cucuk insulin. Bila melarat dapat sakit lain.
Last² sendiri yang merana…
Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut menasihati orang ramai agar bersederhana dalam menikmati minuman manis kerana boleh mengakibatkan kencing manis.