TerasMalaysia

Ramai tak sabar tunggu manifesto Baddrol Bakhtiar, ada yang mengamuk dekat FB

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ramai tak sabar tunggu manifesto Baddrol Bakhtiar, ada yang mengamuk dekat FB

Kemenangan bekas kapten pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia, Baddrol Bakhtiar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya, Baddrol yang baru sahaja bersara dari dunia bolasepak terus terjun ke bidang politik demi bersama-sama Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mempertahankan negeri Kedah supaya tidak tumbang.

Ketika kempen pilihan raya sedang berlangsung, dia telah dikritik oleh sesetengah pihak kerana merahsiakan manifesto yang dibawa jika dia berjaya menjadi ADUN kawasan yang ditandinginya.

Walaupun manifesto yang dibawanya kekal rahsia sehingga hari pengundian, Baddrol tetap berjaya memenangi kerusi DUN Gurun apabila menerima undian sebanyak 17,771 sekali gus mengenepikan calon dari Pakatan Harapan, Mohammed Firdaus Johari yang meraih 11,187 undi.

Susulan daripada itu, ramai yang mulai menagih manifesto rahsia Baddrol yang masih kekal ‘misteri’ memandangkan dia sudah berjaya menewaskan calon lain dengan majoriti yang agak besar iaitu 6584 undian.

Sumber

Baca : Altimet menang bergaya di Lembah Jaya, penyanyi rap pertama yang jadi YB

Leave a Comment